Lambai Peminat Dan Puji PSG Untuk Dapat RM28.7 Semusim

Neymar dilaporkan memiliki satu klausa khas yang agak pelik namun ianya lumayan. Menurut Daily Mail, Neymar akan membawa pulang keseluruhan £5 juta ataupun sekitar RM28.7 juta semusim jika beliau menepati syarat klausa tersebut.

Klausa itu disebut klausa etika. Di mana Neymar diminta untuk menunjukkan sikap terpuji dan tidak mengkritik kelabnya PSG.

El Mundo merumuskan klausa itu sebagai klausa kelakukan baik. Di mana Neymar harus melakukan perkara perkara terpuji, menepati masa, ramah dan sentiasa melayan peminat.

Sebagai contoh, Neymar perlu pergi ke seksyen penyokong setiap kali tamat perlawanan walau apa pun keputusannya. Dia perlu sekurang kurangnya melambaikan tangannya kepada para penyokong PSG.

Seterusnya Neymar dilarang sama sekali memburuk burukkan nama kelab di mana mana platfom. Bukan itu sahaja, Neymar diminta untuk sentiasa menceritakan kebaikan dan kehebatan PSG kepada dunia.

Selain itu Neymar ditegah sama sekali bercakap hal hal berkaitan dengan perbezaan politik, keagamaan dan propaganda perkauman. Kelab mahu Neymar menjadi simbol kesatuan kelab terutama sekali di atas padang.

Setiap kali kelab ada acara dengan penyokong dan kelab memerlukan Neymar, dia diminta untuk wajib hadir walaupun dia mungkin ada komitmen lain dengan penajanya.

Neymar ketika ini menjadi penerima gaji kedua tertinggi di PSG selepas Lionel Messi. Di mana Neymar menerima £490k seminggu. Dan dengan adanya klausa ini, gaji Neymar kini mencecah £530k seminggu.

Sebelum ini Neymar kerap terlibat masalah. Pernah didenda dan diletakkan di bangku simpanan kerana kelakuannya ketika mahu kembali ke Barcelona sebelum ini.

Neymar juga beberapa kali mengkritik PSG pada ketika itu. Patutlah baru baru ini Neymar memuji PSG tak ingat dunia.

Dia malah menyatakan setianya hanya kepada PSG dan menyesal pernah berkelakuan tidak sepatutnya ketika cuba mendesak perpindahan pulang semula ke Barcelona.

Sebagai rekod, Neymar sebelum ini pernah kena scam dengan klausa bonus besar melibatkan bonus kesetiaan. Di mana perbalahan beliau dan Barca berlarutan sehingga beberapa tahun.

Neymar menuntut kalau saya bonus kesetiaan yang beliau rasa beliau berhak dapat kerana kekal di Barca sehingga akhir musim 2018/19.

Tetapi Barca enggan membayarnya kerana menurut mereka pemain itu berbincang dengan PSG sebelum Julai 2019 lagi. Dan dianggap cuba memanipulasi kontrak tersebut untuk minta berpindah pada Ogos 2019.

Perubahan itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah oleh kedua dua pihak beberapa bulan lalu. Dengan kedua dua pihak, Neymar dan Barca setuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang sesama mereka.

Ramai peminat menganggap klausa ini adalah semata mata untuk mengaburi UEFA daripada mengenakan PSG sekatan FFP kerana gaji terlalu tinggi dalam pasukan mereka.

Klausa bonus ini boleh dimanipulasi dengan mudah.

Givemesports dengan sinikal berkata: “Kau bayangkan kompeni kau bayar bonus €6.5 juta setahun hanya untuk agar kau datang tepat masa dan berkelakuan baik dengan pelanggan.”

Baca yang lain