Lamine Yamal Raikan La Liga Kedua Sebelum 18 Tahun Dengan Mengenang Jasa Xavi

Lamine Yamal menjaringkan gol luar biasa dan mencipta assist dalam aksi yang menentukan kejuaraan La Liga milik mereka menentang musuh tradisi Espanyol.

Espanyol melakukan segala galanya untuk menghalang Barcelona daripada meraikan kejuaraan di stadium mereka. Namun gagal.

Sebelum perlawanan peminat Espanyol melakukan provokasi ke atas rombongan Barcelona yang berkunjung ke kelab mereka.

Malah perlawanan memerlukan pemantauan keselamatan yang tinggi untuk diteruskan. Kerana risau ada insiden tidak diingini  berlaku.

Malah selepas tamat perlawanan, pengurusan stadium segera mengeluarkan semburan air dipercayai untuk mengganggu pemain pemain  Barca daripada meraikan kejuaraan mereka atas padang.

Namun Barcelona mengesahkan kejuaraan milik mereka. Pada musim  pertama mereka bersama Hansi Flick.

Nama Lamine Yamal terus menjadi bualan ramai. Dia kini menjadi pemain pertama dan satu satunya setakat ini yang berjaya menjuarai La Liga sebelum usia 18 tahun. Dia menjuarainya sebelum ini ketika berusia 15 tahun 305 hari di bawah kendalian Xavi Hernandez.

Dan musim ini rasmi menjuarai La Liga pada usia 17 tahun dan 306 hari, ketika beraksi di bawah Hansi Flick.

Pada usianya sangat muda, Lamine Yamal turut menjadi pemenang Euro bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

Dan dia mengenang kembali detik dia diberikan debut oleh Xavi dalam keraian kejuaraannya.

Maka tidak hairan Lamine terus memberikan terima kasihnya kepada Xavi. Dia berkata: “Saya nak ucapkan terima kasih kepada Xavi. Tanpa beliau, semua ini tidak akan berlalu.

“Dia memberikan peluang kepada kami pemain pemain muda untuk melakukan debut. Saya nak ucapkan terima kasih kepadanya.”

Dengan usianya yang masih sangat muda, Lamine  Yamal jelas sekali bakal menjadi calon pemain terbaik dunia dalam masa beberapa musim  lagi. Malah ketika ini dia antara pemain terbaik di dunia.