Lamine Yamal Sindir Balik Rabiot Di IG Story

Lamine Yamal telah menyindir balik Adrien Rabiot yang melabel pemain muda itu sebagai tidak cukup menyumbang kepada pasukan Sepanyol pada temasya Euro 2024 kali ini.

Menjelang aksi separuh akhir Euro 2024, Adrien Rabiot telah mengeluarkan kenyataan yang agak pedas ke atas Lamine Yamal.

Lamine Yamal ketika ini menjadi pendahulu untuk senarai pencipta assist dalam Euro 2024 bersama sama dengan Xavi Simons.

Menjadikan dia sebagai bintang penting Sepanyol. Tetapi Rabiot menegaskan bahawa itu tidak menggambarkan prestasi sebenar Lamine Yamal seperti yang digembar gemburkan media.

Rabiot malah mengingatkan pemain itu untuk menggandakan lagi usaha daripada yang ada jika dia berimpian mahu ke final Euro 2024.

Di mana pemain tengah antarabangsa Perancis itu berkata: “Jika Lamine Yamal mahu bermain di final bersama Sepanyol, dia harus mengadakan lagi usaha menentang kami daripada apa yang dia lakukan setakat ini.”

Menurut Rabiot pemain itu sebenarnya menjadi menonjol kerana pertahanan lawan terlalu memberikan ruang kepadanya. Jadi berdepan Perancis, Rabiot menyatakan bahawa pemain itu akan berdepan dengan ujian sebenar.

“Kami akan memberikan tekanan kepadanya supaya dia tidak selesa di atas padang,” tegas pemain tengah itu lagi.

Lamine Yamal telah memberikan respon kepada kenyataan Rabiot itu menerusi IG story miliknya. Di mana dia menyindir Rabiot bahawa dia bukan pemain yang suka bercakap atau banyak bunyi untuk benda tak penting macam Rabiot.

Dia menggunakan falsafah seorang pemain catur. Yang sentiasa senyap dalam mengatur strategi dan hanya bersuara apabila checkmate. Dalam permainan catur pemain catur harus menyebut checkmate untuk memastikan langkah terakhir lawan.

Pemain berusia 16 tahun itu menulis: “Move in silence, only speak when it is time to say checkmate [bergerak dalam diam diam dan hanya bersuara untuk sebut checkmate].”

Sepanyol akan berdepan dengan Perancis dalam aksi separuh akhir Euro pada awal pagi esok waktu Malaysia atau tepatnya 3 pagi esok. Harap korang dapat bangunlah kan.

Siapakah yang akan mara ke final? Kongsikan pandangan anda di ruangan komentar ya permisa.