Lamine Yamal sudah tak sabar sabar untuk bertemu dengan PSG dalam aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah minggu hadapan.
Dan dia sudah ada bayangan tentang keputusan dan penjaring gol kemenangan pada hari itu nanti.
Barcelona akan bertemu dengan PSG pada 11 April ini untuk first leg bagi peringkat suku akhir.
Nama Lamine Yamal pastinya menjadi perhatian. Dia yang sebelum ini digelar Xavi sebagai pemain yang ada aura Lionel Messi telah menjadi pemain penting Barcelona dan berjaya beraksi cemerlang untuk Sepanyol.
Lamine Yamal meramalkan Barcelona akan menang 1-0 di Paris. Dan dia adalah penjaring gol kemenangan tunggal perlawanan pada hari itu.
Bercakap kepada Mundo Deportivo, Lamine Yamal berkata: “Saya dah tak sabar untuk aksi pertama saya dalam kancah suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
“Kadangkala saya memikirkannya di dalam bilik, betapa gilanya momen semua ini.
“Pada pandangan saya, kami akan menang 1-0 di Paris pada Rabu ini. Dan siapa yang menjaringkan gol tunggal itu? Jawapannya, saya.”
🇪🇸🗣️ Lamine Yamal: "It's my first quarterfinals and it's a dream to be able to play PSG."
"Result for Wednesday vs PSG? 0-1. Who scores? Myself." (Mundo Deportivo) pic.twitter.com/PNe1hUpbiR
— EuroFoot (@eurofootcom) April 5, 2024
Ramain peminat teruja melihat keyakinan ditunjukkan pemain remaja itu. Seorang peminat berkata: “Hebat seorang pemain berusia 16 tahun ada keyakinan setinggi ini.”
Pemain berusia 16 tahun itu menunjukkan prestasi luar biasa sejak dinaikkan pangkat ke pasukan utama Barcelona oleh Xavi Hernandez.
Dia sebelum ini menyatakan bahawa, salah satu sebab kenapa dia beraksi cemerlang adalah kerana mentaliti yang ada pada dirinya.
“Saya tidak takut untuk bermain berdepan dengan sesiapa sahaja di atas padang. Saya akan cuba menunjukkan prestasi terbaik saya,” kata beliau.