Lampard Frust Dengan Marina, Kegagalan Beli Pemain Membuatkan Chelsea Jadi Underdog

Jika ada yang menuduh Frank Lampard tidak mahu membeli pemain dalam jendela perpindahan kali ini, ianya satu pembohongan.

Ini kerana Lampard jelas sekali Frank Lampard mahu membawa pemain masuk. Beliau menyatakan perkara itu secara terbuka dengan melabel Chelsea sebagai gagal dalam jendela perpindahan kali ini.

Bahagian pengambilan pemain di Chelsea adalah diketuai oleh Marina Granovskaia.

Chelsea diberikan kebenaran untuk membeli pemain pada Januari 2020, selepas penggantungan mereka dikurangkan kepada satu jendela perpindahan sahaja.

Kini Lampard menyatakan bahawa kegagalan mereka dalam perpindahan Januari membuatkan pasukan Chelsea adalah underdog untuk bersaing bagi mendapatkan 4 tempat teratas – untuk layak ke UCL musim depan.

Beberapa pemain mereka yang dijangka akan dijual pada Januari, juga terpaksa tidak dijual kerana Lampard tak dapat pemain baharu.

Misalnya Willian dan Giroud yang dilaporkan terpaksa terus dikekalkan dan bakal pergi secara percuma. Ini selepas Chelsea gagal mendapatkan beberapa pemain yang beliau mahukan iaitu Dries Mertens, Piatek atau Edinson Cavani.

Pesaing utama mereka untuk merebut 4 tempat teratas seperti Man United dan Spurs berjaya mendapatkan pemain mereka.

Manchester United membeli Bruno Fernandes dan mendapatkan Odion Ighalo secara pinjaman. Manakala Tottenham berjaya mendapatkan Gedson Fernandes serta Steven Bergwijn.

Lampard malah menjadikan Sheffield United sebagai contoh, pasukan yang berbelanja kali ini, dengan memecah rekod pembelian kelab, mendapatkan Sander Berge.

“Saya tengok Man United berjaya menandatangani pemain kelas dunia, pemain besar dalam pasaran iaitu Bruno Fernandes.”

“Dan pasukan lain di sekeliling kita pun membuat pembelian yang fantastik. Chris Wilder melakukan tugasannya dengan baik kerana bekerja dengan kumpulan yang ada di sana, dan membantu dia menambahkan apa yang dia lihat sesuai.”

“Spurs pun ada menandatangani pemain dan jurang mata mereka dengan kita dekat je. Cuma mereka terpaksa melepaskan beberapa pemain yang kontraknya hampir tamat. Mungkin sebab mereka merasakan pemain itu dah tak gembira nak kekal.”

“Kadangkala, mengeluarkan pemain pun sama pentingnya dengan membawa pemain masuk.”

Lampard seolah olah menyindir pengurusan Chelsea yang menyukarkan usahanya mengeluarkan pemain yang enggan melanjutkan kontrak, kerana tidak dapat pemain baharu.

Lampard tak takut bercerita kebenaran. Beliau berkata: “Saya harus menjadi orang pertama yang kekal positif, dan saya kena jujur, dan bercakap terus terang.”

“Kita semua tahu merekrut pemain adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan kelab. Tak payah tengok jauh, tengok Liverpool dan City dalam beberapa musim ini.”

“Itulah hakikatnya, Orang akan bosan kalau saya terus merengek benda maca ni. Saya kena kerja. Pemain kena kerja.”

“Pada awal musim tak siapa pun meletakkan kami dalam senarai calon top 4. Realitinya sekarang, kami sedang berada di 4 teratas, dan kini ianya akan menjadi pertarungan sebenar yang sukar nak mampos.”

“Ianya perpindahan yang sukar. Dan hakikatnya, ketika kita tidak dapat menggunakan transfer window yang lepas, ianya memberikan kesan sangat besar kepada kita.”

Baca yang lain