Lampard: Liverpool Hanya Jadi Manusia Biasa 1 Perlawanan Je

Frank Lampard berkata, beliau tidak menjangkakan kekalahan liga pertama Liverpool musim ini untuk memberikan impak kepada prestasi Liverpool.

Dan beliau waspada denga cabaran lebih sengit daripada Liverpool dalam aksi pusingan kelima Piala FA.

Ditanya apakah ini adalah masa yang ideal untuk menghadapi Liverpool selepas kalah mengejut 3-0 kepada Watford pada hari Sabtu, Lampard tertawa dan berkata: “Kenapa? Kerana mereka baru saja kalah satu perlawanan?”

Liverpool tewas di tangan pasukan di zon penyingkiran hasil 2 gol Ismaila Sarr dan 1 gol oleh Troy Deeney.

Lampard berkata lagi: “Mungkin tidak, siapa yang tahu? Boleh jadi ia akan jadi benda lain. Mereka akhirnya telah menjadi manusia biasa untuk satu perlawanan,” jelas Lampard sambil bergurau manja.

Lampard jelas berpandangan berbeza. Ini apabila kekalahan Liverpool di tangan Watford menjadi topik sangat besar. Sedangkan di EPL perkara itu sudah biasa berlaku.

“Ia boleh berlaku dalam Liga Perdana Inggeris ini, yang sangat kompetitif.  Ini juga menunjukkan betapa bagusnya apa yang mereka lakukan dalam beberapa musim ini.”

“Saya tak boleh komen sangat tentang, adakah mereka akan merasai tekanan pada kali ini selepas kalah.”

“Liverpool hanya mempunyai beberapa keputusan biasa seperti kami catatkan. Selebihnya, mereka sudah berada di tahap lain.”

“Ia telah menjadi prestasi luar biasa dari Jürgen Klopp dan skuad beliau secara keseluruhan dan mereka hanya bermain seperti pasukan biasa dalam beberapa kerat perlawanan saja. ”

Chelsea dalam usaha untuk bangkit daripada kekalahan di tangan Bayern dan diikat oleh Bornemouth  – perlawanan yang mereka hampir kalah.

Lampard juga membayangkan Kepa Arrizabalaga akan turun beraksi pagi ini. Dan beliau bangga dengan Kepa yang menunjukkan profesionalisme yang sangat tinggi ketika disisihkan.

Lampard berharap penjaga gol itu akan bangkit dan memenangi semula tempatnya dalam kesebelasan utama.

Liverpool turut dalam usaha untuk bangkit daripada dua kekalahan mereka di tangan Atletico pada UCL dan di tangan Watford pada aksi EPL.

Liverpool menamatkan streaks 18 kemenangan dalam EPL mereka. Rekod yang menyamaai prestasi skuad Guardiola – Man City sebelum ini.

Hanya skuad Bayern – yang juga di bawah Guardiola – mencipta lebih banyak kemenangan berturut-turut dengan 19 kemenangan dalam liga.

Liverpool 44 perlawanan tak kalah dalam liga – dan mereka baru pertama kali kalah dalam EPL musim ini. Liverpool masih 22 mata di puncak liga.

Jurgen Klopp dijangka akan melakukan rotasi pada aksi kali ini. Mereka masih ada kempen UCL yang penting untuk mereka bangkit selepas ini.