Laporan Debut Bruno Fernandes: Leadership, Dinamik Yang Bagus Tetapi Struggle Dengan Possesion

Bruno Fernandes melakukan debut untuk Manchester United dalam aksi semalam.

Berikut laporan yang aku buat. Tapi ini laporan untuk game ni saja ye. Tiada kaitan dengan laporan penuh satu musim.

Starting 11

Agak menarik apabila Ole Gunnar Solskjaer terus memberikan debut kepada pemain yang baharu di dalam pasukan. Biasanya pasukan besar ni mereka slow nak terus pam pemain ke starting 11.

Ia cabaran besar buat Bruno dan aku rasa terlalu drastik daripada Ole.

Mujur Bruno dapat main bagus. Kalau tak, gila juga si Ole ni kan.

Tapi pertimbangan lain, menunjukkan ini adalah isyarat barainya kualiti Man United di tengah. Even pemain yang baru berlatih penuh satu sesi boleh terus main first 11.

Ataupun Ole memikirkan selepas ini ada winter break agaknya. Dan kembali semula menentang big six team. Jadi nak bagi dia expose dengan cara agak radikal, starting 11 terus main 90 minit.

Posisi

Beliau bermain di posisi no.10 di atas pivot, Fred dan Andreas Pereira.

Ole dah cakap sebelum game bahawa Bruno ni boleh main di mana-mana termasuk dalam sistem diamond ataupun midfield 3.

Dan semalam beliau bermain di posisi no.10. Menolak Mata ke sayap kiri.

Statistik

Beliau bermain penuh 90 minit dalam aksi semalam. Fernandes merupakan pemain yang paling banyak terlibat dengan aksi, beliau melakukan 111 sentuhan di atas padang.

β€’ 88 hantaran (terbanyak di atas padang)
β€’ 44 final 1/3 passes (terbanyak)
β€’ 5 shots (terbanyak)
β€’ 5 tackles (ketiga terbanyak di kalangan midfield)
β€’ 3 shots on target (paling banyak)

Fernandes melakukan 75% daripada shot on target United dalam 75 minit pertama. Beliau pemain United pertama yang melakukan on target di dalam perlawanan ini.

Beberapa isu harus diperbaiki

Ini bukanlah aksi terbaik Fernandes, namun dengan mengambil kira beliau baru tiba dan terus bermain, maka ianya satu persembahan yang boleh dipuji.

Beliau hilang bola terlalu banyak dalam perlawanan ini iaitu sebanyak 26 kali. Ia berlaku kerana perbezaan tempo permainan di EPL yang beliau kena faham, lagi pantas dan keras.

Kesan lain, beliau terlibat dalam 12 duel di ground dan tewas 8 daripadanya.

Selain itu Fernandes juga gagal melakukan sebarang gelecekan lolos sepanjang malam. Beliau juga digelecek lawan sebanyak 3 kali.

Dari segi distribusi, beliau memang banyak melakukan hantaran namun, tiada key passes / hantaran bahaya dilakukukan dalam perlawanan dengan ketepatan hanya 77% secara total.

Impak kepada pasukan

Kepimpinan dan corak permainan beliau memang sangat diperlukan United. Kerana beliau sangat cepat melepaskan bola kepada rakan terutama sekali ketika ditekan.

Walaupun ada yang cakap di try hard nak skor, bagi aku itu memang cara dia bermain. United memerlukan seorang extra goalscorer dari tengah.

Stats dia di Sporting pun bercakap tentang rekod gol dan assist beliau.

Rumusan

Bukan debut yang teruk, tetapi bukan debut yang cemerlang. Ole Gunnar Solskjaer terlalu rush dalam menggunakan pemain ini.

Bruno terus merasai alam kompetitif tanpa perlu observasi dari luar dulu. Namun hanya Ole yang tahu kenapa beliau berbuat begitu.

Dari segi poisisi, beliau sangat baik, dengan banyak bergerak ke kiri, kanan, belakang dan hadapan. Membuktikan sifat box to box pada beliau.

Masih mencari keserasian dengan pasukan. Cuma kalau nak fikir balik, United sebelum ni pun masih mencari keserasian.

Seperti aku cakap di atas, beliau menawarkan dinamik yang baik di atas padang. Cepat memberikan support play kepada rakan.

Seterusnya sikap kepimpinan tu nampak semulajadi, beliau sudah boleh memberikan arahan kepada pemain lain.

Itu amat diperlukan United di tengah tu. Kerana selalunya midfield United sejak beberapa musim ni ramai yang jenis tak vokal.

Tetapi masalah utama Fernandes lebih kepada kesukaran beliau bermain dalam persekitaran yang baharu. Informasi yang diberikan kepadanya tak cukup lagi untuk beliau beradaptasi dengan liga perdana Inggeris.

Bagi aku, Wolves memang lawan yang sukar.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang