Laporan Scouting: Gabriel Martinelli, Wonderkid Arsenal Yang Merupakan Complete Forward

Gabriel Martinelli, adalah pemain remaja dari Brazil ditandatangani Arsenal dengan pakej yang berbaloi pada perpindahan yang lalu dengan nilai £6 juta.

Tahniah kepada scouting Arsenal yang menemui bakat bernama Gabriel Martinelli.

Ketika mulai menyertai Arsenal, beliau mendedahkan bahawa dirinya menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai model permainannya.

Bukannya tak ada, tapi kebiasannya pemain remaja Brazil ini biasanya menjadikan lagenda Brazil model permainan mereka.

Posisi

Gabriel Martinelli boleh diklasifikasikan sebagai complete forward. Beliau boleh bermain di semua posisi di barisan serangan utama.

Sama ada sebagai penyerang sayap kanan, sayap kiri, no.9 dan sebagai penyerang kedua.

Dengan usianya yang masih muda maka tiada masalah dia masih bermain di banyak posisi dan mencari di mana prime position dia.

Beliau musim ini telah menjaringkan 10 gol untuk Arsenal dalam semua pertandingan.

Kali terakhir pemain remaja Arsenal melakukannya adalah pada musim 1998/99 iaitu Nicolas Anelka. Pemain yang menjadi sensasi di Arsenal selepas itu.

Selain daripada telah mencetak 10 gol yang beliau ledak, Martinelli juga berjaya mencipta 3 assist buat masa ini.

Kekuatan

Kekuatan utama pemain ini adalah kepantasan gerakan dan larian bijak.

Beliau memiliki antisipasi dan kualiti poaching yang kuat sebagai penyerang di dalam box.

Jelas sekali Gabriel Martinelli memiliki pembacaan permainan (game reading) yang sangat baik.

Kekuatan teknikal sahaja tak cukup jika tiada keyakinan. Jujur saya katakan, sangat sukar nak melihat pemain remaja yang ada keyakinan tinggi macam Martinelli.

Di Man United ada Mason Greenwood. Di mana, pada usia muda mereka sudah ada. mentaliti besar dan keyakinan yang sangat tinggi.

Gol Martinelli ketika menentang Chelsea adakah bukti pemain ini sangat tenang dan berkeyakinan tinggi.

Pada fasa akhir dia One on One, Martinelli masih mampu melakukan sepakan yang melengkung rendah. Ianya merujuk kepada accuracy melebihi shot power.

Masa depan

Rasanya pemain ini sudah dalam kategori prospek. Dan masa depan tu sudah diletakkan sebagai cerah.

Kecuali ada masalah dalam proses pembangunan beliau selepas ini.

Pastinya Arsenal sekarang sudah bersiap sedia untuk menawarkan kertas kontrak lebih lumayan kepada pemain ini.

Rumusan

Pada usianya sangat muda, Gabriel Martinelli sudah menjadi sebahagian daripada pilihan ataupun untuk mengisi ketiadaan penyerang seperti Pierre Emerick Aubameyang ataupun Lacazette, di dalam pasukan seperti Arsenal.

Ini sudah jelas menunjukkan permainan serat cepat meningkat.

Martinelli adalah bakat yang sebaiknya untuk Arsenal. Mereka sebenarnya mereka rekod lampau yang baik dalam membangunkan pemain muda.

Paling ditakuti adalah one season wonder. Itu yang kita tak mahu kan.

Pastinya pengurusan dan peminat Arsenal berharap Martinelli akan menjadi wonderkid yang menepati ekspektasi semua orang.

Baca yang lain