Laporta Bengang La Liga Tak Bagi Muka, Tak Benarkan Barca ‘Sign’ Pemain Pada Januari

Barcelona memang sangat aktif dan pantas pada jendela perpindahan musim panas, tetapi kini mereka tidak dapat menandatangani pemain di semua posisi yang memerlukan .

Barcelona sudah merancang mencari pengganti Gerard Pique yang rasminya bersara. Mereka juga mahu mencari pemain sandaran untuk Sergio Busquets.

Barca masih gagal mencari pemain tengah lain sejak Miralem Pjanic memutuskan untuk meninggalkan kelab itu ke Al Sharjah untuk mencari minit permainan.

Bagi kes Pique, Barca benar benar yakin persaraan pemain itu akan membuka peluang mereka mendapatkan pemain bek tengah baharu. Dengan Pique mengosongkan bil gajinya dalam pasukan Barca.

Ini ditambah dengan kecederaan pemain bek tengah mereka yang lain dan isu kecergasan pemain bek tengah terus membelenggu.

Ketika Barcelona berkira kira mendapatkan sekurang kurangnya seorang bek tengah dan seorang pemain tengah, telah menemui jalan buntu.

Ini kerana Catalan itu tidak akan dapat berbelanja seperti yang mereka mahukan pada Januari kerana peraturan FFP La Liga. Presiden Joan Laporta mengesahkan ini dalam temu bual dengan EFE.

Laporta menegaskan bahawa peraturan yang sedia ada sangat ketat dan menegaskan bahawa Barcelona berhak mendapatkan kelonggaran memandangkan situasi kecederaan pemain dan juga pemergian pemain seperti Pique.

“Menurut FFP La Liga, kami tidak boleh menandatangani pemain pada Januari. Kami cuba sedaya upaya untuk memujuk liga supaya lebih fleksibel,” katanya.

Berita ini membayangkan bahawa Barcelona mungkin akan berdepan kesukaran untuk berbelanja besar pada musim panas akan datang.

Barca dikatakan sudah waspada tentang kemungkinan itu. Sebab itu mereka sudah mengenal pasti beberapa pemain yang akan menjadi percuma pada musim panas akan datang.

Antaranya, Inigo Martinez dari Athletic Bilbao merupakan salah seorang yang berada dalam senarai utama untuk ditandatangani bagi menguatkan pertahanan tengah kerana kontraknya yang akan tamat pada Julai 2023.

Nama-nama lain seperti Ruben Neves dari Wolverhampton Wanderers, Martin Zubimendi dari Real Sociedad, Youri Tielemans dari Leicester City, Ilkay Gundogan dari Manchester City, dan Arnau Martinez dari Girona juga dalam senarai sasaran.

Jika Barcelona tidak dapat menandatangani pemain pada bulan Januari kerana La Liga tidak mahu memberikan kelonggaran, maka perhatian mereka akan beralih ke arah memperbaharui kontrak beberapa pemain utama, seperti Alejandro Balde, yang telah menunjukkan prestasi memuaskan.

Selain itu, Barca sudah sedia kehilangan beberapa pemain termasuk Memphis Depay. Kontrak beliau akan berakhir pada akhir musim ini. Barca berharap dapat menjual pemain itu pada Januari.

Baca yang lain