Laporta: Dembele Lebih Bagus Daripada Mbappe

Presiden Barcelona, Joan Laporta tampil memberi kenyataan bahawa Ousmane Dembele adalah lebih bagus daripada Kylian Mbappe.

Kenyataan tersebut dibuat beberapa minggu selepas Xavi melabel Dembele akan menjadi pemain terbaik dunia tidak lama lagi itu sama sekali dari kalangan pemain di posisi yang sama dengannya.

Dembele, yang ditandatangani dengan harga €105 juta dari Borussia Dortmund pada 2017, akan tamat kontrak pada penghujung musim dan telah dikaitkan dengan perpindahan dari Camp Nou pada Januari nanti.

Pemain tersebut masih memberikan ruang kepada Barcelona untuk mengemukakan tawaran yang kompetitif. Ini kerana pemain itu dilaporkan menerima tawaran yang besar daripada kelab Liga Perdana Inggeris.

Laporta: Dembele lagi padu dari Mbappe

Laporta mendedahkan bahawa rundingan berjalan lebih lama daripada yang diharapkan dengan Dembele. Bagaimanapun, pemain antarabangsa Perancis itu sebelum ini berkata dia mahu kekal. Laporta memberitahu TV3 Sepanyol dia percaya penyerang Barca itu lebih baik daripada Mbappe.

“Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Dembele dan dia mahu kekal,” kata Laporta.

“Kami juga mahu dia kekal kerana dia seorang pemain yang hebat. Situasi ini memerlukan rundingan dengan ejennya yang mahukan yang terbaik untuk pemain itu.”

“Saya teruja dengan Dembele. Dia pemain yang lebih baik daripada Mbappe.” kata presiden Barcelona

Xavi juga memberitahu pemberita tentang situasi Dembele: “Apa yang saya tahu ialah ia bukan hanya masalah ekonomi.”

“Kami telah memberikannya kedudukan yang sangat jelas. Dia adalah pemain yang sangat penting dengan bakat yang hebat. Saya sudah katakan, dia boleh menjadi pemain terbaik di dunia dalam kedudukannya. Terpulang pada dia.” sambung Xavi

“Kami anggap dia watak penting dalam projek ini. Kalau projek sukan, dia gembira. Kami akan bersikap positif. Ia bukan isu ekonomi semata-mata. Dia mahu rasa disayangi”.

Soalan kemudian ditanya sama ada Dembele akan terus diberikan beraksi tanpa menandatangani kontrak? Ini kerana Laporta sebelum ini pernah menyatakan, mana mana pemain yang menolak untuk melanjutkan kontrak tidak akan diberikan peluang beraksi lagi.

Pemain muda Barcelona yang digelar Paul Pogba seterusnya, Ilaix Moriba tidak beraksi lagi dengan Barca selepas pemain itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak.

Namun untuk Dembele, Xavi menjawab: “Itu tidak akan menjadi masalah, jika dia mempunyai kontrak saya fikir dia harus bermain.”

“Anda perlu bersikap positif. Tetapi sebaliknya, saya sangat jelas mengenainya, jika anda mempunyai kontrak anda perlu bermain, juga kerana imej kelab. Saya tidak pernah menjadikan perkara itu satu pilihan.”

Ousmane Dembele masih belum melanjutkan lagi kontrak bersama dengan Barcelona. Kehadiran Xavi Hernandez di Barca membuatkan pemain itu sedia untuk berbuat demikian.

Xavi sudah berkali kali menyatakan bahawa Dembele merupakan pemain penting dalam Barcelona.

Xavi malah menyatakan bahawa Dembele berpotensi menjadi pemain terbaik dunia untuk pemain yang bermain di posisinya.

Laporta bukanlah tokoh pertama yang melabel Dembele lebih baik daripada Mbappe. Sebelum ini bintang Bayern, Serge Gnabry juga melabel Dembele lebih baik daripada Mbappe sehingga Muller tergelak besar.

Muller Tak Dapat Tahan Gelak Dengar Gnabry Iktiraf Dembele Lagi Bagus Dari Mbappe

Sejak dia meninggalkan Borussia Dortmund dan menyertai Barcelona, kisah Dembele hanyalah kisah kecederaan dan bergelut dengan prestasi.

Namun tiba tiba bintang Bayern Munich, Serge Gnabry memetik nama Dembele sebagai bintang masa depan sebenar Perancis bukannya Kylian Mbappe.

Tanpa dipengaruhi ketum, Gnabry menyatakan bahawa dia mulai bertekad berkata begitu selepas melihat aksi Dembele di pusat latihan.

Lalu dia membandingkan Mbappe dan Dembele. Di mata Gnabry, Mbappe seorang pemain yang hebat namun tidaklah sehebat Dembele.

Dalam satu sesi perbincangan di dalam dokumentari khas Bayern, Gnabry memberitahu Muller: “Dembele jauh lebih baik daripada Mbappe.”

Kenyataan Gnabry itu benar benar membuatkan Muller rasa rakan sepasukannya itu sedang bergurau atau dalam pengaruh barang terlarang.

Menurut Muller, kalau Dembele lebih baik daripada Mbappe, maka Muller sendiri yakin bahawa dia pun lagi bagus dari Mbappe.

Muller berkata dalam nada kehairanan: “Apa yang awak maksudkan lebih baik? Jika saya boleh menggelecek seperti Dembele, saya juga akan menjadi lebih baik daripada Mbappe? Macam tu ke,” kata pemain veteran Bayern Munich itu.

Seterusnya Joshua Kimmich memandang ke arah Gnabry dan Coman sambil berkata: “Aku lagi rela memilih korang berdua dalam pasukan aku berbanding Dembele.”

Kenyataan Serge Gnabry itu memang benar benar mengejutkan planet ketiga dalam sistem solar. Setakat ini jelas Kylian Mbappe lebih cemerlang berbanding Ousmane Dembele di semua peringkat.

Pada usianya yang sangat muda Mbappe menjadi pemain utama membantu pasukan menjuarai Piala Dunia, sedangkan Dembele cumalah pemain simpanan pilihan ketiga atau keempat.

Seterusnya di peringkat kelab, Mbappe memiliki statistik lebih cemerlang. Malah Thierry Henry sendiri menganggap Mbappe adalah wajah sebenar PSG.

Dalam ulasannya tentang peranan Messi dan Mbappe, Henry menyatakan bahawa Messi harus akur bahawa dia sekarang sedang bermain dalam pasukan Mbappe.

Mbappe mencatatkan 138 gol dan 69 assist dalam 185 penampilan untuk PSG, Dembele hanya mencatatkan 30 gol dan 21 assist dalam 118 perlawanan di Barcelona.

Jadi jelas sekali pandangan Gnabry itu memerlukan penjelasan yang lebih kompleks.

Dembele mahu gaji lebih besar

Dembele sudah memasuki tahu akhir kontraknya bersama dengan Barcelona. Dan boleh pergi secara percuma jika tidak melanjutkan kontraknya.

Dembele menjadi perhatian banyak kelab lain di Eropah ketika ini. Itu yang membuatkan Barca benar benar risau kehilangan pemain itu.

Barcelona tidak mahu Dembele pergi secara percuma selepas membeli pemain itu dengan nilai tinggi dari Borussia Dortmund.

Namun kariernya di Barcelona seringkali diganggu kecederaan. Xavi sudah menstruktur semula bahagian pemulihan dan kecergasan pemain. Dengan harapan akan dapat membantu pemain seperti Dembele.

Dembele pemain yang berbakat. Membuatkan Xavi tidak mahu pemain itu mempersia siakan bakatnya. Dembele sebelum ini pernah didenda kerana lewat  3 minit. Namun pemain itu kemudian berubah dan menjadi pemain terawal tiba di pusat latihan pada hari berikutnya.

Xavi mahu membentuk gandingan Dembele dan Ansu Fati di barisan hadapan serangan Barcelona.

Dan pemain Perancis itu menyatakan kesudiannya untuk terus kekal serta menolak tawaran kelab lain. Namun dengan syarat Barcelona menuruti permintaannya untuk kenaikan gaji.

Dembele mahu Barcelona menyaingi beberapa tawaran daripada kelab Inggeris yang dikatakan menawarkan sekitar EUR20 juta ke EUR30 juta semusim, menurut laporan Foot Mercato.

Foot Mercato melaporkan bahawa Newcastle bukan kelab yang menawarkan gaji EUR30 juta tersebut.

Tawaran Barcelona sebelum ini lebih rendah daripada nilai itu. Maka Dembele meminta Barcelona melakukan sesuatu untuk menaikkan lagi tawaran mereka.

Namun begitu pengurus baharu pasukan Barcelona iaitu Xavi Hernandez menegaskan bahawa agenda untuk melanjutkan kontrak Ousmane Dembele antara senarai dalam keutamaan pengurusan beliau pada ketika itu.

Ini kerana Barcelona tidak memiliki kekuatan kewangan untuk membeli pemain bintang yang baharu. Gara-gara kelab mereka menanggung beban yang sangat tinggi.

Barcelona memfokuskan untuk menggunakan pemain dari akademi untuk dinaikkan pangkat. Seterusnya berusaha untuk melanjutkan kontrak pemain-pemain yang sedia ada.

Kenyataan terbaru Presiden Barcelona yang menyifatkan Dembele sebagai lebih baik daripada Mbappe bukti bahawa Barcelona memang memandang tinggi pemain tersebut.

Barcelona sebelum ini dikaitkan dengan Mbappe yang akan pergi secara percuma musim hadapan. Barca dikatakan sedia menawarkan pakej tawaran sehingga mencecah EUR90 juta secara terkumpul kepada Mbappe (termasuk gaji dan bonus) jika pemain itu datang kepada mereka.

Namun kenyataan terbaru Laporta itu seolah olah membayangkan bahawa mereka tidak akan mendapatkan Mbappe kerana sudah ada pemain yang lebih bagus. Dan fokus mereka sekarang adalah melanjutkan kontrak pemain itu.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil