Laporta Minat Dapakan Nagelsmann Dan Kurang Gemar Dengan Koeman

Presiden Barcelona yang baru dilantik, Joan Laporta dilaporkan kurang berkenan dengan perlantikan Ronald Koeman ketika beliau belum menjadi presiden lagi. Dan Cedena Ser melaporkan bahwa Laporta masih kurang yakin dengan Koeman.

Sebelum ini, Laporta dikatakan berminat membawa masuk Mikel Arteta, selepas usaha untuk membawa Pep Guardiola kembali dilihat samar, kerana pengurus itu sudah melanjutkan kontrak beliau di City.

Arteta adalah protege kepada Pep Guardiola. Dan dirasakan memiliki keupayaan untuk memacu semula Barcelona ke landasan yang tepat.

Namun selepas itu Rafa Yeste yang menyatakan bahawa, Laporta akan teguh berdiri di belakang Koeman jika beliau dilantik.

Tetapi semalam Cedena Ser melaporkan sebaliknya. Laporta kini dikaitkan bos RB Leipzig, Julian Nagelsmann. Di mana Laporta merupakan peminat kepada pengurusan Nagelsmann.

Laporta dipilih semula menjadi presiden kelab pada minggu lalu, selepas lebih dari sepuluh tahun setelah dia meninggalkan jawatan yang disandangnya antara tahun 2003 dan 2010.

Dia mewarisi pengurusan sebuah kelab yang sedang bergelut untuk konsistensi serta situasi masa depan Lionel Messi.

Pelantikan pengurus berusia 57 tahun itu bukanlah keputusan yang sangat popular di kalangan segelintir peminat Barca. Dan ditambah dengan permulaan musim yang tak menentu serta keputusan drastik Koeman yang membuang pemain seperti Luis Suarez dengan cara yang kurang disenangi.

Oleh itu, Laporta telah dikaitkan dengan beberapa pengurus lain, termasuk Nagelsmann.

Nagelsmann adalah antara pengurus yang memiliki reputasi luar biasa, pada usianya hanya 33 tahun tetapi dia sudah memimpin pasukan Leipzig ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dan terus menyaingi Hansi Flick untuk merebut gelaran Bundesliga musim ini.

Selain itu Laporta dikatakan berminat dengan corak taktikal yang diamalkan Nagelsmann. Laporan yang sama juga menyebut bahawa, Laporta tetap menghormati Koeman sebagai legenda kelab, namun Laporta tidak begitu menggemari pengurusan Koeman.

Oleh itu, ada kemungkinan bahawa pengurus dari Belanda itu akan meneruskan jawatannya, atapun disingkirkan untuk pengurus lain, seperti Nagelsmann.

Koeman bergelut pada musim ini ketika menguruskan Barcelona yang berdepan dengan tekanan dari dalam dan luar. Pengurusan Barca berdepan masalah kewangan, dan juga beberapa skandal yang disebabkan pengurusan Bartomeu.

Barcelona sudah mulai memperbaiki prestasi mereka di peringkat domestik dengan merapatkan jurang mata dengan Atletico. Cuma agak malang, dalam kempen UCL, mereka pulang awal sekali lagi dari pusingan kalah mati.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil