Laporta optimis bahawa Barcelona akan dapat mendaftarkan Dani Olmo seperti biasa. Dan dia sudah menemui cara untuk melakukannya.
Dani Olmo mengesahkan bahawa dia tidak akan mencari kelab lain. Dan sedia untuk menunggu namanya dapat didaftarkan dengan Barca musim hadapan.
Dani Olmo tidak berminat untuk berbincang dengan mana mana kelab lain sebagai tanda kesetiannya keppada Barcelona.
🚨 Understand Dani Olmo’s position has not changed so far; despite links with clubs in England, Italy and Germany he’s currently only waiting for Barcelona.
Olmo wants to play for Barça and he’s not entertaining talks with any other club as this stage of the story. pic.twitter.com/JdYc8MTVTg
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 2, 2025
Ini bermakna Olmo mungkin akan hanya menjalani latihan sebagai ejen bebas di kelab itu. Sebelum dia mendapatkan semua kontrak rasminya.
Olmo sebelum ini disahkan menjadi ejen setelah pendaftarannya untuk aksi separuh kedua musim ini disekat La Liga.
Barcelona gagal dalam 2 rayuannya di mahkamah, dalam usaha mereka mahu mendaftarkan Dani Olmo.
Barcelona kini sedia melakukan apa sahaja untuk memastikan Dani Olmo dapat didaftarkan.
Beberapa kelab mulai menyatakan pendirian mereka bahawa mereka sepakat akan mengambil tindakan ke atas La Liga jika mereka organisasi itu tiba tiba membenarkan Dani Olmo didaftarkan.
Mereka mengancam akan mendakwa La Liga sebagai melakukan salah laku dalam pengendalian pertandingan.
Laporta sebelum ini menyatakan satu moratorium sudah dicapai dengan firma dari Timur Tengah untuk mendaftarkan Pau Victor dan Dani Olmo. Cuma Barcelona terlambat dalam memeterai perjanjian secara rasmi.
Menurut Laporta penjualan aset VIP BOX mereka membolehkan Barca meraih €100 juta. Tetapi sebelum ini La Liga tidak menerima sebarang dokumen penyata tentang perjanjian itu.
Laporta malah menegaskan bahawa 2 pemain itu diberikan lampu hijau untuk bermain pada aksi seterusnya.
Namun La Liga pula setakat ini kekal dengan sekatan ke atas dua pemain itu sehingga akhir musim ini daripada didaftarkan bersama Barcelona.
Laporta sudah berjumpa dengan pengurusan tertinggi La Liga pada Khamis. Dan yakin akan dapat menyelesaikan perkara itu. Dia berkata kepada Sports ES, dia optimis bahawa mereka boleh menggunakan artikel RFEF 130.2 berkaitan dengan Undang Undang Pertandingan Umum.
Laporta menyatakan bahawa artikel itu sudah cukup untuk menyelesaikan kes tersebut.
Mendengarkan kenyataan Laporta itu, beberapa kelab sudah menjangkakan bahawa La Liga mungkin akan memihak kepada Barcelona sekali lagi dalam keputusannya.
Ini kerana sebelum ini Barcelona didakwa beberapa kali diberikan kelonggaran untuk mendaftarkan pemain walaupun berdepan dengan masalah kewangan kritikal.
Kelab kelab La Liga yang lain memberikan amaran kepada RFEF dan La Liga bahawa, seluruh dunia sedang memerhatikan tindak tanduk mereka. Keputusan yang mereka buat akan melibatkan reputasi liga itu sendiri.
Laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Laporta sudah tidak sehaluan dengan sebahagian besar kelab kelab di liga utama. Dan dia juga dikatakan telah memutuskan hubungan dengan Real Madrid. Tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh Barca sejak Mateu Alemany meninggalkan kelab itu.