Joan Laporta ternyata tidak gembira dengan komen pengurus Bayern Munich iaitu Julian Nagelsmann dan juga CEO mereka, Oliver Kahn.
Nagelsmann sebelum ini dengan terbuka menyindir Barcelona sebagai satu satunya pasukan tak ada duit tetapi pada masa yang sama membeli setiap pemain yang mereka mahukan.
Nagelsmann Perli Barca: “Satu Satunya Kelab Pokai Tapi Sign Semua Pemain Mereka Nak”
Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann nampaknya tidak melepaskan peluang untuk memerli Barcelona sebaik sahaja kelab itu berjaya mendapatkan Robert Lewandowski.
Menurut Nagelsmann, Barcelona adalah satu satunya kelab yang tak ada duit, tetapi masih mampu membeli kesemua pemain yang mereka mahukan.
Nagelsmann hilang kata kata untuk menjelaskan perkara tersebut. Dipetik dari sumber Fabrizio Romano, Nagelsmann berkata:
“Barcelona, satu satunya kelab yang tak ada duit, namun kemudiannya…. mereka membeli kesemua pemain yang mereka mahukan.”
“Saya tak tahu bagaimana [mereka melakukannya]. Ianya agak pelik dan agak gila.”
Bayern manager Nagelsmann tells @altobelli13 on Barcelona-Lewa deal: “Barcelona, the only club that has no money but then… buys every player they want”. 🔴 #FCB
“I do not know how [they do it]. It‘s kind of weird, kind of crazy”. pic.twitter.com/wnqCQtq8aA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 19, 2022
“Mereka ada ramai pemain baharu, bukannya Robert Lewandowski seorang sahaja. Saya tak tahulah nak cakap macamana, jujur saya katakan.”
Julian Nagelsmann is just as confused as everyone else 🧐 pic.twitter.com/yXtx55CIcG
— B/R Football (@brfootball) July 19, 2022
Barcelona berdepan dengan masalah kewangan sejak tahun lalu lagi sehingga terpaksa melepaskan Lionel Messi.
Namun musim lalu mereka masih mampu membawa masuk pemain seperti Sergio Aguero, Memphis Depay, Eric Garcia, Emerson Royal serta Ferran Torres dan juga Pierre Emerick Aubameyang.
Musim ini Barcelona setakat ini menjadi kelan ketiga berbelanja paling tinggi dalam pasaran perpindahan pemain pra musim 2022/23.
Barcelona sedang ‘menggila’ dalam pasaran perpindahan pemain walaupun mereka merupakan pasukan yang diramalkan terancam muflis, Barca kini merupakan antara kelab paling boros di Eropah dalam jendela perpindahan kali ini.
Hanya dalam masa dua minggu, Barcelona telah melonjakkan statusnya sebagai 3 pasukan teratas yang terbanyak berbelanja dalam jendela perpindahan kali ini dalam pasaran perpindahan musim panas 2022.
Dan kini mereka sudah mendapatkan seorang lagi pemain iaitu Jules Kounde dari Sevilla. Barcelona berpeluang menamatkan jendela perpindahan kali ini sebagai pasukan paling banyak berbelanja.
Musim sebelumnya mereka masih bergelut dengan strategi untuk keluar daripada ancaman muflis akibat hutang yang semakin meningkat dan bil gaji yang semakin meningkat.
Antara impak paling menyakitkan adalah kehilangan Lionel Messi.
Dengan pelbagai usaha penambahbaikan kewangan daripada Joan Laporta, Barcelona secara beransur-ansur merealisasikan impian Xavi Hernandez untuk membentuk pasukan super miliknya sendiri.
Laporta tembak Bayern dan Nageslmann
Joan Laporta memberikan respon pedas kepada Julian Nagelsmann. Mengingatkan pengurus itu, bahawa Bayern Munich baru sahaja mendapat wang daripada Barcelona hasil penjualan Lewandowski. Jadi, itu sudah jelas membuktikan bahawa Barcelona masih ada wang untuk dibelanjakan. Laporta tak faham kenapa mereka masih memekak tentang Barcelona.
Laporta berkata: “Komen dari Jerman tu ke? Saya nak cakap dengan mereka, sila periksa akaun mereka. Duit yang penting tu dah masuk ke dalam akaun mereka kerana Lewandowski. Apa yang mereka buat adalah cuba memesongkan realiti.”
Laporta kemudian menganggap Bayern Munich memandang rendah kemampuan Barca.
“Mereka sangat tak faham tentang kekuatan Barca. Kepada mereka yang terkejut, saya nak cakap kat korang semua, kami dah bangun. Kami dah kembali dalam bursa perpindahan. Kekuatan nilai entiti kelab kami lebih 122 tahun sejarahnya.”
“Biar mereka tenang dahulu, sebab akan lebih banyak kejutan selepas ini.”
💥 2/2
“No han calibrado la fuerza del Barça. A los sorprendidos les digo que estamos muy despiertos. Hemos vuelto al mercado. El peso, la fuerza y el valor de una entidad de más de 122 años de historia es mucho.
Que estén tranquilos; todavía se pueden sorprender mucho más” pic.twitter.com/akdoNriL6f
— Toni Juanmartí (@tjuanmarti) July 29, 2022
Ternyata Laporta masih belum tamat dalam jendela perpindahan kali ini. Barcelona sebelum ini mensasarkan Bernardo Silva. Namun harga pemain itu menjadi penghalang.
BACA JUGA: Tebas Jelaskan Kebijaksanaan Barca Adalah Kunci Kenapa Mereka Boleh Daftarkan Pemain
Barcelona telah menikmati jendela perpindahan musim panas yang menghiburkan dan benar-benar mengejutkan. Ini kerana pasukan yang dianggap hampir muflis itu telah membawa masuk ramai pemain bintang.
Walaupun mempunyai hutang yang besar, mereka mungkin menamatkan jendela perpindahan sebagai kelab yang berbelanja paling besar. Ada ramai pihak bertanya, di mana La Liga atau UEFA? Adakah mereka hanya membiarkan sahaja kelab itu terus berbelanja sedangkan hutang mereka sangat tinggi. Dan pada masa yang sama ada tunggakan gaji pemain.
Ramai yang menggaru kepala mereka tentang bagaimana ia boleh berlaku. Isu lain termasuk sama ada mereka mampu untuk mendaftarkan pemain pemain baharu mereka dalam peraturan pendaftaran pemain La Liga yang ketat.
Buat masa ini Barcelona sebenarnya masih belum dapat mendaftarkan pemain pemain baharu mereka secara rasmi ke dalam La Liga. Bagaimanapun, Presiden La Liga Javier Tebas optimis mereka mampu melakukannya.
Tebas merupakan pejuang tegar FFP. Orang yang bertahun tahun bersuara menentang kelab seperti PSG dan Manchester City kerana menurutnya kelab kelab itu telah mencabuli FFP.
Oleh sebab itu dalam isu Barcelona, Tebas menjadi perhatian ramai. Adakah dia cuma tutup mata? Tebas menafikannya. Dia malah menyatakan dia memantau dan memerhatikan proses dan usaha Barcelona dalam mengimbangi hutang mereka agar menepati piawaian FFP.
Tebas berkata: “Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan. Saya fikir mereka masih mempunyai sedikit kerja untuk dilakukan tetapi mereka berada di landasan yang tepat.”
Barcelona sebelum ini sudah melakukan 2 proses mengimbangi hutang mereka ataupun ‘lever’. Dana masuk daripada penjualan hak penyiaran. Dan mereka kini di dalam proses untuk suntikan dana bagi proses imbangan peringkat ketiga.
Sama ada Barcelona boleh mengharapkan pemain baru mereka akan dapat beraksi pada hari pertama liga. Di mana aksi pertama mereka adalah pada 13 Ogos menentang Rayo Vallecano. Untuk perkara itu Tebas kurang pasti.
Tetapi dia yakin kesemua pemain itu akan tetap dapat didaftarkan oleh Barcelona. Kerana Tebas percaya Barcelona sangat arif dalam soal perundangan dan tahu apa yang mereka sedang lakukan.
Bercakap kepada Sports ES, Tebas berkata: “Tanya FC Barcelona. Saya boleh katakan bahawa mereka tahu peraturan dengan baik dan mereka sedar apa yang perlu mereka lakukan. Mereka masih perlu melakukannya, tetapi masih ada masa lagi.”
🎙️Javier Tebas (La Liga President) via @mundodeportivo …
🗣️: “If the new Barca signings will reach the start of LaLiga ? Ask FC Barcelona. I can say that they know the rules well and they know what they have to do. They still have things to do, but there is still time.”
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) July 27, 2022
Topik kemudian bertukar kepada bagaimana mereka telah menguruskan perkara berkaitan dengan pendaftaran pemain ini. Dan bagaimana Tebas benar benar tenang dalam melihat situasi di Catalonia itu memandangkan angka terkini La Liga memberi Barcelona had gaji sekitar €144 juta semusim. Tebas mempunyai penjelasan yang mudah.
Tebas puji kebijaksanaan Barca
Dia memuji kecekapan dan kebijaksanaan pengurusan Barcelona dalam menangani perkara ini.
Tebas berkata: “Mereka telah pun berjaya menjual 10% hak TV mereka dengan harga €207 juta. Kemudian mereka meningkatkan bahagian itu kepada 25% yang saya fikir memberi mereka lebih €350 juta macam itu….”
“Jadi, itu akan menjadikan suntikan dana kelab mereka berada di paras €500 juta dan saya fikir mereka mempunyai satu lagi tuil [lever] ketiga iaitu sekitar €200 juta lagi.”
“Dengan itu dan jika mereka berjaya mendapatkannya, dan kemudian jika mereka berjaya melepaskan beberapa pemain untuk pergi, ini akan menjelaskan kemungkinan pembelian kali ini boleh didaftarkan.”
Tebas juga mengesahkan bahawa Barcelona sudah berjaya menjual beberapa aset mereka termasuk potensi penjualan beberapa pemain lagi dalam beberapa minggu ini. Buat masa ini, Barcelona telah melakukan semua proses mengurangkan beban hutang kelab dengan sebaiknya.
Ini termasuk berjaya mengurangkan gaji pemain. Xavi Hernandes menegaskan bahawa, kelab tak akan memberikan pemain gaji lebih daripada EUR10 juta semusim pada musim ini. Oleh sebab itulah mereka cuba menjual De Jong jika pemain itu enggan menerima pemotongan gaji 50% atau paling kurang pun 40%.
🎙 Javier Tebas believes FC Barcelona has a good chance of registering all of their signings:
"They know what they have to do. I think that they still have a bit of work to do but they are on the right track." 😉 pic.twitter.com/Ipuaz6Jv3L
— Capricorn ♑ (@Cule_Capricorn) July 27, 2022
“Mereka telah dapat menjual aset, yang merupakan sesuatu yang perlu mereka lakukan, dan mengurangkan gaji – itulah yang membolehkan mereka menandatangani pemain baharu.”
Barcelona sudah mendapatkan Andreas Christensen, Raphinha, Franck Kessie, Lewandowski dan menandatangani semula Ousmane Dembele serta Jules Kounde.
Apa yang berlaku di Barcelona benar benar luar biasa. Mereka berjaya membina pasukan mengikut kehendak Xavi ketika kelab berdepan krisis hutang yang sangat besar.
Terbaru, Sports melaporkan Barcelona sedia menjual Ter Stegen sekiranya De Jong terus berkeras tidak mahu berpindah.
#Deportes ¿En venta? 😳💥
Si el Barcelona no logra vender jugadores, la directiva pondrá a la venta el portero alemán Ter Stegen. Esto para liberar masa salarial y así inscribir a los nuevos fichajes.
Entérate en #NuestroDiario
📷 RRSS pic.twitter.com/uBfFkuftWJ— Nuestro Diario (@NuestroDiario) July 27, 2022