Laporte Menganjing Armstrong Selepas Bentesan Membuatkan Kulit Pahanya Terkoyak

Pemain bek tengah, Aymeric Laporte menunjukkan keadaan kakinya yang terkoyak kulitnya dikerjakan oleh Stuart Armstrong dengan satu terjahan kaki tinggi.

Penyokong Man City merasakan bahawa terjahan itu berhak mendapat kad merah serta merta kerana sangat berbahaya.

Namun pengadil tidak memberikan kad merah kepada pemain itu, begitu juga dengan pengadil VAR yang merasakan keputusan pengadil tepat hanya memberikan kad kuning kepada Armstrong.

Pemain Southampton itu benar benar lega hanya melihat kad merah dan mengucapkan terima kasih kepada pengadil.

Southampton berjaya menamatkan rekod kemenangan 12 perlawanan berturut turut Manchester City.

Di mana Laporte turut menjadi pemain penting yang membantu pasukannya mengelak kekalahan di St Mary.

Laporte menjadi penjaring gol penyamaan selepas tuan rumah mendahului menerusi Kyle Walker-Peters pada minit ke-7 perlawanan.

Pada separuh masa kedua, Laporte terlibat insiden kontroversi dengan Stuart Armstrong. Laporte ketika itu meraung kesakitan dan merasakan bahawa Armstrong akan dibuang padang selepas bentesan seperti itu.

Namun ianya tidak berlaku. Selepas tamat perlawanan, Laporte kemudian memuat naik gambar kakinya di Twitter sambil menyindir Armstrong.

Laporte turut menunjukkan kulit pahanya yang terkoyak. Lalu Laporte meletakkan kapsyen:

“Terima kasih di atas cendera matanya, LOL.”

Graeme Souness menyatakan bahawa Armstrong sangat bernasib baik kerana tidak mendapat kad merah.

Souness berkata: “Saya berpendapat, Armstrong sangat bernasib baik kerana tidak mendapat kad merah. Apabila seseorang pemain itu melakukan kekasaran dengan kaki tinggi seperti itu dengan menghadang mereka dengan stud enam, rasanya itu adalah kad merah.”

Pendapat itu disokong oleh Micah Richards: “Saya rasa itu merah! Dia bernasih baik kerana kakinya tak tertanam masa tu, kalau tak kakinya boleh patah terus kat situ.”

“Itu bukan cabaran yang bagus, jujurnya mungkin itu adalah kad merah.”

Walaupun seri, Man City melanjutkan lagi pendahuluan mereka kepada 12 mata di atas Liverpool yang masih ada 2 perlawanan dalam tangan berbanding City.

City masih lagi calon pilihan juara pada musim ini. Pep Guardiola gembira dengan prestasi para pemainnya secara keseluruhannya.

Guardiola turut menjadi pengurus paling cepat mencatatkan 500 mata di dalam Liga Perdana Inggeris. Jauh mengatasi Jose Mourinho dan juga Jurgen Klopp. Guardiola melakukannya dalam 213 perlawanan sahaja.

Baca yang lain