Laporte ‘Reject’ Spurs Serta Merta

Aymeric Laporte berada dalam senarai untuk dijual oleh Manchester City selepas pemain itu menyatakan dia sedia untuk mencari cabaran baharu.

Laporte kehilangan tempat sebagai bek tengah pilihan utama di Man City terutama sekali selepas kehadiran Ruben Dias.

Kehadiran pemain muda seperti Manuel Akanji dan Nathan Ake menyukarkan lagi Laporte untuk berada dalam kesebelasan utama.

Pep Guardiola kini dalam proses mahu membawa masuk Josko Gvardiol dengan nilai €100 juta dari Leipzig.

Amat sukar untuk melihat Laporte akan menjadi pemain kesebelasan utama lebih kerap.

Dan pemain itu dibenarkan untuk berpindah dengan tawaran yang memuaskan kelab.

Tottenham dikatakan telah datang membentangkan projek mereka kepada Laporte. Dengan kelab itu menjelaskan bahawa mereka sedia untuk mencabar trofi pada musim hadapan.

Kesungguhan ini ditunjukkan dengan usaha mereka mengekalkan Harry Kane dan juga usaha kelab itu cuba membawa masuk pemain seperti David Raya dan Jadon Sancho.

Spurs juga mahu membawa bek tengah berkualiti ke dalam pasukan mereka. Dan nama Laporte telah menjadi sasaran Spurs. Dianggap pilihan tepat dalam usaha kelab itu membina pasukan yang mencabar kejuaraan.

Laporte yang dibeli oleh City dengan harga £57 juta pada 2018 kini menerima £200k seminggu di Etihad. Spurs sedia untuk membayar gaji tersebut kepadanya.

Laporte telah memenangi 5 EPL, 4 Piala Carabap, 2 Piala FA dan 1 UCL sepanjang tempoh dia berkarier di Man City setakat ini.

Dia juga pemain yang boleh bermain di posisi bek sisi.

Namun sayangnya, pemain itu menolak Spurs dengan serta merta daripada perancangan masa depannya.

Dia tidak yakin dengan projek di Spurs pada masa ini. Guardiola tidak menghalang mana mana pemainnya untuk berpindah ke mana mana kelab seteru dalam England. Jadi, tiada masalah langsung jika Laporte mahu ke Spurs.

Spurs juga pantas beralih ke sasaran mereka yang lain. Dengan Aymeric Laporte masih berusaha untuk mencari kelab baharunya. Dia mahu segera menyelesaikan isu masa depannya.

Pemain itu masih yakin bahawa dia masih lagi pemain yang mampu bermain di peringkat tertinggi.