Latihan Al Nassr Dibatalkan Kerana Terlalu Ramai Nak Tengok CR7

Al Nassr memutuskan untuk membatalkan latihan terakhir mereka sebelum aksi Liga Juara Juara Asia menentang Persepolis.

Al Nassr membuat knjungan ke Iran untuk aksi pembukaan Liga Juara Juara Asia. Aksi itu menjadi tumpuan dunia bukan sahaja Iran atau Asia.

Ini kerana ianya akan menandakan debut Cristiano Ronaldo dalam aksi liga Juara Juara Asia selepas dia menyertai Al Nassr pertengahan musim lalu.

Ronaldo merupakan pemain yang digelar Mr. Champions League kerana rekodnya yang unggul di UCL. Dan kini dia sudah sedia dengan cabaran baharu beraksi di ACL pula yang merupakan pertandingan paling berprestij di Asia untuk pertandingan kelab.

Namun begitu, Al Nassr terpaksa membatalkan latihan mereka kerana terlalu ramai rakyat Iran yang datang ke kompleks padang latihan semata mata mahu melihat CR7 berlatih.

Peminat tidak henti henti datang ke tempat latihan Al Nassr. Dengan pihak berkuasa tempatan tidak dapat memberikan jaminan keselamatan kepada Al Nassr.

Peminat tidak henti henti bersorak dan menjerit nama Cristiano. Mereka benar benar meminati ikon bola sepak dunia itu.

Adakah Ronaldo dan Al Nassr akan memulakan kempen dengan langkah kanan? Aksi antara dua pasukan ini akan berlangsung awal pagi esok waktu Malaysia.