Latihan Shadow Play Arrigo ‘Sang Pembunuh Libeiro’ Sacchi Dengan Bola Khayalan

Arrigo Sacchi merupakan pengurus yang sangat bencikan bola sepak Itali klasik. Walaupun dia orang Itali. Ini kerana jiwa Sacchi adalah jiwa bola sepak berseni dan menyerang.

Malangnya, ketika itu, di Itali bola sepak adalah cattencccio. Di mana pasukan yang paling kental bertahan adalah pasukan itulah yang paling kuat.

Pasukan pasukan seperti Inter pada generasi yang digelar Il Grande Inter, meletakkan pertahanan yang ramai di dalam kawasan mereka. Semakin banyak pasukan mengikut jejak langkah Inter selepas kejayaan Inter membuktikan bahawa cattenaccio boleh memberikan kejayaan.

Inter berjaya mengatasi Ajax yang ketika itu sangat kuat dengan total football mereka.

Sacchi sang pembunuh Libeiro

Namun Arrigo Sacchi telah melawan cattenaccio dengan cara bola sepaknya sendiri. Sacchi digelar sebagai pembunuh Libeiro oleh media Itali.

Libeiro merujuk kepada posisi paling penting dalam sistem 3 CB dalam cattenaccio.

Sacchi telah merevolusikan bola sepak di Itali dengan seorang diri pada ketika itu. Dia mahu orang Itali keluar daripada ketakutan untuk bermain secara ofensif.

Sacchi menjadi pengurus Milan bermula 1987. Dan dia berjaya membantu Milan memenangi Scudetto serta Coppa Italia dalam 4 musim pertamanya.

Sacchi menegaskan bahawa, ketika perlantikannya, bola sepak di Itali berkiblatkan cattenaccio ala Helenio Herrera bersama dengan Grande Inter.

Lalu Sacchi mahu pasukan AC Milan bermain ofensif. Melawan sistem Herrera itu. Dipetik dari buku, Inverting The Pyramid karya Jonathan Wilson, Sacchi berkata:

“Ketika saya bermula, perhatian banyak tertumpu kepada fasa pertahanan. Kami ada sweeper [Libeiro] dan seorang man-markers. Serangan bergantung sepenuhnya kepada naluri dan kreativiti no.10.”

“Itali ada budaya bertahan, bukan sahaja dalam bola sepak. Berabad lamanya, negara kami seringkali diceroboh musuh.”

High pressing secara berpasukan

Sacchi kemudian membina pasukan dengan defensive line yang tinggi. Dan ianya dianggap sangat berisiko. Ini untuk memastikan jarak di antara pemain pertahanan dan tengah, tengah dan serangan dipadatkan, atau dirapatkan.

Setiap barisan dalam padang itu tidak boleh jauh daripada 25 meter. Pendekatan ini membantu Milan membentuk pasukan yang bermain hig pressing dengan menekan lawan mereka secara berpasukan.

Masa inilah kepentingan mediano ataupun DM / No.6 mulai semakin disedari ramai. Daripada peranan sekadar bertahan. Mediano kini menjadi playmaker dari bawah. Dan mereka ibarat Libeiro moden.

Jadi, lawan mereka yang mahu menyerang penjaga gol mereka, perlu melalui blok serangan dan tengah mereka atau bergerak dari bahagian sayap sahaja.

Ianya memerlukan pasukan itu memiliki serangan balas sangat tajam. Dan kualiti hantaran panjang yang sangat baik untuk mencetuskan ancaman segera ke gawang AC Milan. Dan tak banyak pasukan yang mampu melakukannya.

Ada bahagian yang dianggap separa pressing. Media Inggeris gelar ia pre pressing. Bahagian ini tidan menekan kuat. Mereka hanya berlari dalam intensiti biasa. Kelompok ini biasanya melakukan fake pressing. Ataupun mengacah seolah olah mahu melakukan pressing. Dan satu lagi kelompok digelar kelompok total pressing.

Apabila mereka melihat bahagian pre pressing menekan lawan dengan press yang biasa dan acahan, bahagian total pressing ini akan tahu corak permainan lawan mereka, apa yang mereka cuba lakukan bola ditekan. Lalu mereka akan menggunakan pendekatan yang agresif untuk lawan yang dilihat rapuh. Dan menggunakan pendekatan lebih sistematik untuk lawan yang lebih bijak dan dilihat sudah menyediakan perancangan untuk mengatasi pressing mereka.

Paling menarik adalah aspek shadow play di pusat latihan.

Shadow play

Satu sistem latihan di mana pasukan itu akan mengibaratkan mereka sedang melawan lawan mereka yang sebenar. Misalnya, sebelum final UCL antara Liverpool dan Spurs, Jurgen Klopp memilih Benfica B untuk melawan mereka dalam persahabatan.

Ini kerana sistem permainan Benfica B mirip kepada Spurs. Jadi, pemain pemain Benfica B ada pemain yang seperti Lucas Moura, Harry Kane dan juga Son Heung Min dari segi taktikal.

Pengurus Benfica B sendiri terkejut, apabila mengetahui bahawa latihan itu lebih daripada sekadar latihan kecergasan. Sebaliknya pegawai kejurulatihan Klopp sudah mengenalpasti gaya permainan pasukan mereka dan ianya menjadi sesi latihan taktikal yang kompleks.

Berbalik kepada Sacchi. Beliau pernah mengadakan sesi shadow play di pusat latihan dengan tanpa bola.

Sacchi menyediakan dua pasukan yang berbeza. Pasukan utama AC Milan dan pasukan bayangan untuk Real Madrid. Mereka memilih pasukan bayangan Real Madrid ini dari kalangan pemain mereka sendiri dan akademi. Mereka yang mirip kepada gaya permainan pemain pemain Real Madrid.

Sacchi mengarahkan para pemainnya bermain dengan bola imaginary atau khayalan. Dai mahu tahu, sama ada para pemain dia juga sudah bersedia menjangkakan di mana bola akan berada dalam situasi tertentu.

Jadi para pemain perlu bergerak dalam satu pasukan untuk bertahan. Mereka bermain dalam sistem zonal marking.

Hasilnya, pasukan Sacchi menang 5-0 ke atas gergasi Real Madrid pada masa itu di San Siro.

Sacchi merupakan pengurus yang tidak suka dengan pemain target man klasik. Dia sukakan pemain penyerang yang sentiasa bergerak, mirip kepada false 9 ataupun digelar sebagai penyerang serba boleh.

Sacchi tetap bermain dengan sistem 4-4-2. Dan tiada masalah untuk dia membentuk bola sepak yang high pressing dan fluid.

Prinsip utama AC Milan di bawah Sacchi adalah, kerjasama berpasukan yang baik akan menghasilak keputusan terbaik untuk pasukan.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil