Lautaro Atau Julian Alvarez Yang Bakal Jadi Manusia Ke-10 Juara Piala Dunia + UCL

Ada satu pertarungan yang hebat secara peribadi melibatkan Julian Alvarez dan Lautaro Martinez.

Di mana salah seorang daripoada mereka akan keluar dari Stadium di Istanbul sebagai manusia ke-10 yang memenagi Piala Dunia dengan UCL dalam satu musim yang sama.

Sebelum ini ada 9 pemain yang sudah melakukannya.

Pada 1974, pemain pemain Jerman yang bermain untuk Bayern, iaitu Sepp Maier, Paul Breitner, Hans Schwarzenbeck, Franz Beckenbauer, Gerd Muller dan Uli Hoeness.

Kemudian pada 1999, Christian Karembeu melakukannya bersama Real Madrid dan Perancis.

Steerusnya Roberto Carlos untuk Brazil dan Real Madrid pada 2002.

Dan pastinya seorang lagi bintang Real Madrid iaitu Raphael Varane melakukannya pada 2018, ketika menjuarai Piala Dunia bersama Perancis dan UCL bersama Madrid.

Alvarez dan juga Lautaro Martinez menjadi juara dunia ketika Piala Dunia 2022 di Qatar bersama Argentina. Kalendar itu dikira dalam musim yang sama dengan UCL 2022/23.

 

Ironinya, kedua dua pemain menjadi penjaring gol pembunuh pada perlawanan kedua di halaman sendiri untuk pasukan masing masing masing.

Lautaro Martinez kembali kepada prestasi terbaiknya ketika membantu Inter mara ke final musim ini. Selepas dikritik hebat pada awal musim dan ketika Piala Dunia 2022.

Julian Alvarez sentiasa memberikan impak setiap kali diturunkan, sama ada sebagai kesebelasan utama mahupun pemain gantian.

Kedua dua mereka turut memainkan peranan masing masing bersama Argentina sebelum ini.

Baca yang lain