Lautaro Martinez melabel Ballon d’Or kadangkala boleh menjadi anugerah yang mengarut dan tidak adil. Dia mempersoalkan tangan yang mengundi dalam anugerah tersebut.
Pengundi untuk Ballon d’Or terdiri daripada pemain profesional dan juga wakil media yang dilantik.
Lautaro Martinez kecewa kerana dia berada di tangga ketujuh dalam carta Ballon d’Or kerana menurutnya dia patut berada di kedudukan lebih baik.
Lautaro Martinez menjadi pemain cemerlang untuk Nerazzurri dan Argentina sepanjang 2024. Dan dia menegaskan bahawa dia mengharapkan kedudukan lebih baik dalam Ballon d’Or.
⚽️ 35 goals
🎯 8 assists
🏆 Serie A
🏆 Copa America
🏆 Italian Super Cup
🏆 Serie A golden boot
🏆 Copa América golden boot
⚽️ Game winning goal in the finalLautaro Martinez has a good shout for the Ballon d'Or 👀
(🎨 @FCIM_Pictures) pic.twitter.com/EIXPDTOifX
— ESPN FC (@ESPNFC) July 25, 2024
“Anugerah ini kadangkala tidak adil. Saya berada di tangga ketujuh, sejujurnya saya mengharapkan kedudukan lebih baik.
“Jelas sekali, saya mahu perbaiki kedudukan saya [dalam Ballon d’Or], namun saya jangkakan lebih baik, namun saya bekerja untuk Argentina dan Inter Milan. Dan saya gembira dengan pekerjaan saya sekarang. Saya dah kembali ke prestasi terbaik.
“Seperti yang anda tahu, saya mulakan pra musim agak lewat selepas kempen yang panjang. Saya tidak ada masa rehat yang cukup dan bermain sangat banyak perlawanan, jadi ianya normal saya keletihan.
🇦🇷 Lautaro Martínez: “To be honest, I was expecting more than 7th position at the Ballon d’Or. Sometimes at these awards they are unfair”.
“I’ll be working hard to improve that position”, told DAZN. pic.twitter.com/Yccir8jCUt
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 30, 2024
“Namun kami semua melakukan yang terbaik, dan kami harus meneruskan usaha itu. Kerana musim ini masih sangat panjang.”