Pemain tengah Chelsea, Romeo Lavia disahkan tidak akan dapat beraksi lagi musim ini kerana kecederaan.
Pemain yang dibeli dengan nilai sekitar £50 juta itu hanya bermain kira kira 32 minit sahaja untuk Chelsea musim ini. Selebihnya dia berada di bilik rawatan.
Berita tentang Lavia tidak akan bermain itu disahkan sendiri oleh pegawai perubatan Chelsea.
Lavia kini membuatkan Pochettino agak risau tenang situasinya. Kerana dia masih muda dan sudah dilanda dengan kecederaan panjang.
Chelsea bergelut dengan masalah kecederaan pemain sepanjang musim ini. Mereka kehilangan ramai pemain kerana masalah tersebut. Misalnya kapten mereka, Reece James masih tidak bermain untuk Chelsea sejak Disember.
Sementara itu Christopher Nkunku, Lesley Ugochukwu, Levi Colwill dan Wesley Fofana semuanya masih dirawat.
Untuk Lavia ini adalah musim yang sangat mengecewakannya. Dia masih tidak memiliki penampilan yang lebih banyak sejak menyertai Chelsea dari Southampton. Kali terakhir dia beraksi adalah pada 27 Disember menentang Crystal Palace.
Ujian kecergasan ke atasnya menunjukkan dia mengalami kecederaan sekali lagi.
Sebelum itu dia terus berada di bilik rawatan sebaik sahaja menyertai Chelsea yang menewaskan Liverpool dalam perebutan mendapatkan tandatangan pemain berusia 20 tahun itu.
Skua Chelsea kini kekurangan pilihan di bahagian tengah. Chelsea akan melayan kunjungan Burnley pada Sabtu ini. Dengan Connor Gallagher, Enzo Fernandez serta Caicedo menjadi sandaran utama kelab.
Kemudian Chelsea menerima berita baik kerana Carney Chukwuemeka sudah kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaannya.
Isu kecederaan di Chelsea benar benar merisaukan Todd Boehly. Sebelum ini pemilik kelab sudah pun merombak barisan staf di bahagian medikal dan masih mencari ketua untuk bahagian prestasi dan perubatan kelab.
Perkara ini kerana isu kecederaan pemain pemain Chelsea dianggap terlalu kritikal dan menghalang pembangunan pemain muda itu sendiri serta menyukarkan Mauricio Pochettino dalam usaha membentuk pasukan utama yang terkuat dan konsisten.
Pochettino sebelum ini membidas wartawan yang menganggap Chelsea memiliki skuad depth yang besar. Kerana menurutnya Chelsea tidak memiliki ketebalan skuad yang baik dan bergantung kepada pemain pemain muda.