Lavia Ikut Jejak Caicedo Tolak Liverpool Kerana Mahu Sertai Chelsea

Liverpool mungkin seri 1-1 di atas padang ketika aksi di Stamford Bridge, namun di luar padang mereka tewas 2-0 kepada Chelsea.

Pertamanya dalam rundingan mendapatkan Moises Caicedo. Di mana The Reds yang sedia membayar £115 juta untuk Caicedo telah dimaklumkan oleh pemain itu bahawa dia hanya mahu menyertai Chelsea.

Menurut Fabrizio Romano, Caicedo tidak mahu memungkiri janjinya dengan Chelsea sebelum ini. Di mana pemain itu sudah menyatakan dia setuju syarat menyertai kelab itu sejak beberapa minggu lalu lagi.

Cuma Chelsea ketika itu keberatan membayar angka lebih £100 juta untuk pemain itu.

Melihat Liverpool berusaha mendapatkan pemain yang sama dengan angka yang tinggi itu, Chelsea telah bersetuju untuk membayar £115 juta untuk pemain tersebut.

Membuatkan Liverpool berputih mata kerana Caicedo merupakan peminat tegar Chelsea sejak dari dulu. Dia memang sudah berimpian bermain untuk Chelsea.

Dia menjadikan Kante dan Makelele sebagai inspirasinya serta berharap akan memenangi banyak trofi bersama kelab yang dia sokong itu.

Seterusnya Liverpool cuba mendapatkan Romeo Lavia. Sebelum ini Liverpool pernah cuba membida pemain itu namun beralih kepada Caicedo kerana beranggapan harga Lavia tidak berpatutan.

Kini Liverpool ditolak pula oleh pemain itu yang menyatakan bahawa dia hanya mahu menyertai Chelsea.

Chelsea akan menyelesaikan kesepakatan tersebut dengan nilai £50 juta bayaran tetap serta beberapa bonus tambahan.

Kini Liverpool terus bergelut dalam jendela perpindahan kali ini. Selepas mereka kehilangan ramai pemain tengah, sama ada berpindah atau tamat kontrak.