Layak Ke Piala Asia 2023, Harimau Malaya Dapat Bonus RM880K

Satu berita yang menggembirakan buat kem Harimau Malaya, apabila AFC mengesahkan bahawa merek layak menerima habuan USD200k ataupun sekitar RM880 ribu.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul berkata mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro.

Di mana 24 pasukan bertanding di Piala Asia akan menerima imbuhan tersebut.

Kenapa?

Ianya adalah untuk membantu setiap pasukan mempersiapkan diri ke temasya Piala Asia 2023 yang akan datang.

Bonus yang lebih besar menanti pasukan yang mara lebih jauh dalam pertandingan itu kelak. Di mana sumber yang sama menyebut bahawa 4 pasukan yang mara ke separuh akhir akan menerima USD1 juta ataupun sekitar RM4.4 juta.

Sementara pasukan yang bergelar juara pula akan menerima imbuhan AS$5 juta (RM22 juta) — naib juara menerima AS$3 juta (RM13.2 juta).

Harimau Malaysia mencipta sejarah gemilang apabila berjaya merayakan diri secara merit ke Piala Asia B-23 di hadapan penyokong sendiri di bukit Jalil.

Bonus lain mungkin masuk

Harimau Malaya masih berpeluang mendapat bonus lebih besar apabila kerajaan mengumumkan bahawa perbincangan sedang dilakukan untuk menentukan sama ada pasukan Harimau Malaya layak diberikan bonus atau tidak.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selepas kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Ianya adalah kejayaan pertama Malaysia selepas 1980, mara ke Piala Asia menerusi pusingan kelayakan.

Sebelum ini Malaysia kali terakhir beraksi di Piala Asia pada 2007, di mana ketika itu bertanding atas tiket penganjur bersama dengan negara Asean yang lain.

Dalam kempen kelayakan kali ini, Malaysia menang 2 kali (vs Turkmenistan dan Bangladesh) serta kalah sekali.

Kim Pan Gon menjadi arkitek utama kejayaan pasukan Malaysia.

Perbincangan tersebut juga akan menentukan siapakah yang lebih layak menerima imbuhan tersebut. Sama ada diberikan kepada FAM ataupun diberikan terus kepada para pemain Harimau Malaya.

Namun sebelum itu, kerajaan akan membicangkan terlebih dahulu sama ada imbuhan itu ada ataupun tidak. Seterusnya Perdana Menteri juga mendapat tahu bahawa Malaysia akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di luar negara sebelum bertanding di Piala Asia yang sebenar.

Dipetik daripada Astro Awani, Ismail Sabri berkata: “Saya dimaklumkan oleh Presiden FAM, mereka perlu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara lebih banyak sebelum Piala Asia dimulakan.”

“Jadi kita dah jadi ‘Top 4’ ASEAN kalau kita bermain dengan pasukan yang lebih rendah kualitinya daripada Malaysia, ia tidak akan membawa banyak perubahan kepada Malaysia.”

“Pastinya kita kena bermain selepas ini dengan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan lebih kuat daripada negara kita.”

Selain itu, Ismail Sabri turut menegaskan bahawa sukan hoki juga akan dipertimbangkan untuk diberikan imbuhan. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan sentiasa bersedia membantu skuad Malaysia dari segi kewangan.

“Jadi saya difahamkan FAM akan bawa pemain-pemain ini bermain dengan Korea, atau Jepun, dan kalau itu mereka perlukan kewangan. Sebab kita tahu hoki juga berjaya masuk Piala Dunia, jadi hoki juga perlu diberikan pertimbangan untuk memberikan imbuhan kepada mereka.”

Keputusan hasil perbincangan itu akan diumumkan kelak. Sama sama kita nantikan.

Baca yang lain