Lazio, Dari Kelab Yang Hampir Muflis Kepada Pasukan Yang Mempunyai € 200 Juta Aset Harta Dan €600 Juta Nilai Pemain

Presiden Lazio, Claudio Lotito telah mendedahkan bagaimana dia menyelamatkan kelab itu pada tahun 2004.

Mereka menyerahkan € 84 juta dan hutang € 550m. Lazio hampir muflis di penghujung era Sergio Cragnotti, walaupun berjaya meraih Scudetto -Seria A- pada musim 1999/00, Lazio sebenarnya mencatatkan kerugian besar.

Lotito membeli Lazio pada tahun 2004 dan menjadi terkenal dengan cara berhemahnya mengendalikan kelab itu.

Sebelum itu pada tahun 1991, Cragnotti telah membeli Lazio. Pemilik ini memulakan transformasi yang membawa Biancocelesti ke status yang lebih berprestij selama hampir satu dekad dari 1992-2002.

Skuad berbakat dengan pemain elit dalam tempoh itu, berbilion-bilion dolar dilaburkan ke kelab. Mereka membeli pemain berprofil tinggi seperti Hernan Crespo, Christian Vieri, Sinisa Mihajlovic, Alessandro Nesta, dan Simone Inzaghi.

Skuad Lazio pada era Sven Goran Ericson yang dipenuhi pemain bintang

Di samping itu, beliau juga membawa pengurus-pengurus yang mantap, seperti Sven-Goran Eriksson pada musim 1997. Nama-nama besar pemain dan jurulatih yang dibawa masuk membawa beberapa gelaran kepada Lazio.

Pertama, pada tahun 1997/98, Lazio memenangi Coppa Italia dan Supercoppa. Pada tahun berikutnya, Lazio (69) melepaskan Scudetto hanya dengan satu mata di belakang AC Milan (70).

Lazio mendahului Seria A dengan kelebihan 2 mata ketika liga berbaki 2 perlawanan sebelum mereka seri dengan Fiorentina (1-1) dan dipotong oleh AC Milan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Lazio akhirnya memenangi Seria A dan Piala Super Eropah.

Melihat ke belakang, musim 1999/00 dan 2000/01 di ingati kerana pasukan Lazio, boleh dianggap mempunyai skuad terbaik dalam sejarah kelab.

Pasukan itu melalui tempoh kejayaan jangka pendek, pada tahun 2002, Lazio mula menurun. Perbelanjaan Cragnotti mula tidak terkawal dan Biancocelesti menderita akibat dakwaan rasuah.

Oleh kerana masalah kewangan itu, mereka terpaksa menjual kebanyakan pemain bintang mereka untuk menghasilkan dana kepada pasukan. Pemain seperti Hernan Crespo, Juan Sebastian Veron dan Alessandro Nesta mula dijual.

Dengan skuad yang kurang ternama, pada tahun 2004 pasukan itu masih memenangi Piala Coppa Italia yang ke-4 untuk kelab.

Ini membuktikan bahawa kekangan kewangan tidak membatasi kemampuan pasukan ini daripada menang.

Pada musim 2005/06 Lazio berada dalam ketidakpastian apabila terpalit dengan skandal mengatur perlawanan. Pasukan ini dipotong 30 mata bersama Fiorentina dan AC Milan, sementara itu Juventus disingkirkan ke Seria B.

Satu era yang tidak menentu, Cragnotti dipaksa untuk menjual Lazio dan syarikatnya Ciro difailkan muflis. Ini mengakibatkan pasukan dikawal oleh pengurus kewangan sementara sebelum diambil alih oleh Claudio Lotito.

Lotilo berkata pada sidang akhbar,

“Ketika saya memasuki dunia bola sepak, Lazio menyerahkan € 84 juta dan memiliki hutang € 550 juta.

“Kelab itu secara efektifnya telah muflis. Saya menanggung beban hutang € 1.7 bilion dan sesetengah orang menganggap saya gila.

“Bagi saya ia adalah satu cabaran. Kita mesti menghentikan pemikiran bahawa sebuah kelab bola sepak boleh disokong oleh satu pemilik tunggal, yang menggunakan wang mereka sendiri.

“Ini adalah syarikat awam (Lazio), yang tersenarai di bursa saham, dan ia mempunyai kewajipan untuk mewujudkan akaun yang menunjukkan keuntungan.

“Saya mencipta sistem inovatif, saya melaksanakan beberapa peraturan asas dan Lazio hari ini mempunyai aset harta sebanyak € 200 juta dan skuad bernilai € 600 juta.”

Sepanjang 15 tahun Lazio dibawah pengurusan Lotito, Lazio telah memenangi 3 gelaran Copa Italia (2008/09, 2012/13 dan 2018/19).

Lazio meraikan kejuaraan Copa Italia 2012/13 selepas menewaskan Roma 1-0

Pada ketika ini, Lazio sedang berada di tangga ke-3 Seria A, 3 mata dibelakang pendahulu liga, Inter Milan dan pasukan ke-2, Juventus selepas menang ke atas Cagliari 2-1.

Baca yang lain