Ciro Immobile menjaringkan hatrik, mencipta 1 bantuan gol dan memberi inspirasi kepada Lazio untuk merekod 11 kemenangan berturut-turut di Seria A, membelasah Sampdoria 5-1.
Jony yang jarang mendapat tempat sebagai pemain kesebelasan utama, membuat penampilan bergaya selepas pemain utama sayap kiri pasukan Senad Lulid digantung perlawanan.
Satu lagi pemain simpanan yang mendapat peluang bermula adalah Felipe Caicedo yang digandingkan bersama Immobile sebagai penyerang berkembar selepas Joaqim Correa tidak cergas.
Immobile menampilkan kekuatan fizikal ketika gol pertama selepas berjaya melepaskan diri dari jagaan Julian Chabot, percubaannya muntah dan disambar oleh Caicedo.
Kesilapan Nicolo Muru menghalang hantaran lintang Manuel Lazzari menyaksikan bola terkena tangannya di dalam kotak penalti dan Immobile mudah menyempurnakan sepakan penalti.
Barisan pertahanan Sampdoria seperti tidak tahu bagaimana mahu menguruskan Immobile apabila pemain ini membuat larian selepas hantaran panjang Francesco Acerbi, Immobile memperdayakan penjaga gol Sampdoria, Audero untuk gol ke-3 Lazio.
Penggantian 1 pertahananan tengah melibatkan Bastos dimasukkan menggantikan Stefan Radu, pemain ini menjaringkan gol ke-4 pasukan sebelum Immobile menyempurnakan 1 lagi sepakan penalti.
Sehingga semalam, Immobile sudah mengumpul 23 jaringan dalam 19 penampilannya di Seria A.
Julian Chabot menamatkan permainan terburuknya pada perlawanan ini apabila gagal mengawal Immobile 2 kali, pemain ini dilayangkan kad merah sebelum perlawanan tamat.
Terlibat dengan 29 jaringan Lazio sepanjang musim ini
Immobile menjadi pemain paling berprestasi pada musim ini apabila terlibat secara langsung dengan 29 dari 46 jaringan Lazio di Seria A.
Penyerang tengah ini seperti tidak dapat berhenti dari pretasi terbaiknya apabila menjaringkan hatrik dan menyaksikan Lazio mencatat rekod kelab dengan 11 menang berturut-turut.
Dia menjaringkan hatrik dan mencipta 1 bantuan kepada Caicedo, pemain yang mendapat peluang pertama bermain dalam kesebelasan utama.
Bermakna immobile kini sudah mengumpul 23 jaringan dan 6 bantuan, jumlah keseluruhannya adalah 29 dan menjadi pemain tertinggi dalam jumlah itu di 5 liga terbaik di eropah.
Immobile berjaya menjaringkan gol dalam 15 perlawanan dari 19 penampilannya di Seria A. Jumlah 23 jaringan tersebut lebih banyak dari jumlah keseluruhan Sampdoria sepanjang musim ini iaitu hanya 20 gol.
Immobile berada di landasan terbaik untuk memecah rekod penjaring gol sepanjang zaman/semusim yang dipegang oleh Gonzalo Higuain. Higuain mencatat 36 gol pada musim 2015/16 ketika bersama Napoli.
Immobile mahu mencabar rekod yang dicatatkan oleh Higuain.
“Kami mahu memulakan separuh ke-2 (Seria A) dengan baik, tidak memandang rendah keupayaan lawan, Sampdoria juga berada dalam prestasi terbaiknya.”
“Kami bermula dengan baik, dapat mengawal permainan dengan cepat . Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan apabila sentiasa meletakkan saya dalam situasi menjaringkan gol.”
Catatan 11 kemenangan itu tidak pernah dilakukan oleh Lazio sebelum ini.
“Objektif kami untuk terus mara dan layak ke Liga Juara Eropah. Jika kita telah mengesahkan tempat tersebut dengan baki 7-8 perlawanan lagi, mungkin kita fikirkan sesuatu yang lain. Buat masa ini, hanya 4 teratas.”
Berkaitan rekod jaringan semusim Immobile berkata,
“Hanya El Pipita (Higuain) mencapai rekod itu. Jadi ia adalah sukar. Tetapi dengan rakan sepasukan, para penyokong dan sikap sekarang, saya berharap terus dapat menjaringkan gol.”
Perlawanan sukar tetapi pendekatan yang betul menjadikan Sampdoria kelihatan mudah- Inzaghi
Sementara itu pengurus Lazio, Simone Inzaghi berkata Lazio membuat perlawanan tersebut kelihatan senang tetapi sebenarnya ia adalah perlawanan sukar.
Inzaghi juga berkata Immobile merupakan seorang pemain berpasukan yang tulen.
“Kami sedang melalui tempoh masa yang cemerlang. Mengutip kesemua mata. Walaupun kehilangan pemain dalam tempoh tersebut kerana kecederaan, pasukan tetap kukuh dan solid.”
“Sampdoria berada dalam kondisi yang baik. Kami membuatnya kelihatan mudah dengan pendekatan yang betul, sebebnarnya ia tidak mudah.”
Lazio berpeluang melebarkan kemenangan ke-12 apabila bertemu dengan AS Roma pada minggu depan. Perlawanan derby ini akan berlangsung di Della Capitale.
“Pemain kini percaya apa yang kami lakukan. Saya gembira tetapi kami perlu meneruskan prestasi ini. Kami mempunyai 1 perlawanan derby selepas ini dan perlu fokus.”
“Kami tahu apa makna derby kepada kami dan makna kemenangan ke-12. Jadi itu adalah objektif kami.”
Lazio kini berada di tangga ke-3 dengan 45 mata, 3 mata dibelakang pendahulu, Juventus. Lazio mempunyai baki 1 permainan dalam tangan apabila perlawanan menentang Verona ditangguhkan kepada bulan depan.