Lazio Umum Sarri Guna Emoji Rokok, Ini Kisah Chelsea Bina ‘Smoking Area’ Buat Perokok 60 Batang Sehari

Semalam Lazio telah mengumumkan pengurus baharu mereka dengan emoji rokok. Aquilotti kemudian memuat naik pengumuman rasmi sebaik sahaja memuat naik emoji itu.

Sarri menggantikan Simone Inzaghi yang akan sah akan menyertai Inter Milan musim depan. Sarri mendapat kontrak sehingga 2023 di Lazio.

Sarri memang dikenali dengan kisah sebagai perokok tegar. Dia malah diberikan amaran oleh Premier League agar tidak merokok di hadapan kamera.

Itu yang membuatkan Sarri mengunyah nikotin ketika berada di tepi padang. Sarri kemudian dilaporkan sangat kecewa dengan peraturan ketat di Chelsea itu.

Lebih menarik, akhirnya Chelsea  membina ruang merokok khas buat Sarri di Stamford Bridge. Ini kerana mereka tidak mahu Sarri merokok di mana mana. Kerana ianya boleh menjejaskan imej Chelsea di mata penaja. Sebagai kelab yang disokong semua peringkat umur.

Itu adalah pertama kali dalam sejarah Chelsea mereka membina zon merokok khas di dalam kompleks sukan mereka.

Namun di Itali ianya lebih toleransi. Di mana Sarri kerap dilihat merokok di mana mana. Walaupun tidak secara terang terangan ketika perlawanan berlangsung.

Sarri gemar merokok ketika rehat separuh masa, ketika perlawanan tamat, ketika memantau sesi pemanasan badan dan sebagainya.

Pengurus Itali memang dikenali dengan sikap mereka yang agak gila dalam soal rokok. Carlo Ancelotti pernah mendapat amaran daripada Bayern Munich kerana merokok di dalam bilik pejabat sesuka hatinya. Dia juga selamber merokok ketika mengendalikan sesi latihan.

Namun Ancelotti menerima larangan itu dan menganggap ia demi kebaikan dia juga sambil menyatakan isterinya suka dengan peraturan tersebut.

Sarri dan rokok

Rokok merupakan objek yang berbentuk silinder yang diisi dengan tembakau yang telah dicampur lebih 4000 bahan kimia. Rokok dihisap mampu memberi kesan tertentu kepada penggunanya. Ukuran dan diameter rokok bergantung kepada jenis dan juga negara di mana rokok dihasilkan.

Kebiasaannya rokok berukuran panjang sekitar 10cm hingga 12cm dengan diameter sekitar 0.7cm sehingga 1cm. Mengikut amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan!

Pengurus asal Itali, Maurizio Sarri yang terkenal sebagai seorang perokok tegar telah cuba meraikan kejayaan UEL  bersama Chelsea – yang juga trofi pertamanya – dengan menghisap sebatang rokok dan kemudan cerut(cigar).

Lihat reaksi Sarri mendapat stok cerutnya. Gembira semacam. Dah macam orang dapat tahun dia lulus i-sinar.

Ramai menganggap detik Sarri menghisap rokok itu memang ikonik. Dia meraikan pialanya dengan perkara yang paling dia suka di dunia.

 

Bekas pegawai bank ini bukan hanya dikenali dengan cara permainan ‘Sarriball’nya sahaja tetapi tabiat merokoknya bukan lagi rahsia.

Sarri telah mengakui bahawa beliau menghisap rokok sebanyak 4 kotak sehari dan sukar untuk dikawal ketagihannya itu.

“Aku hisap rokok 60 batang sehari, mungkin lebih atau kurang.” Dedah Sarri kepada La Nuova Riviera.”

“Aku tak rasa nak merokok semasa perlawanan tetapi sejurus selepas perlawanan memang aku kena hisap rokok. Tidak sangap cuk!.”

“Aku mempunyai masalah sakit belakang seminggu ini, tapi sekarang dah rasa elok.”

Agak power sebenarnya jumlah batang rokok yang disedut Sarri dalam sehari. Malah ada sumber menyatakan bahawa dia sebenarnya mampu merokok 80 batang rokok sehari kalau tidak ada kerja lain dibuat.

Namun kita harap Sarri akan mengubah tabiatnya itu. Kerana rokok sangat bahaya untuk kesihatan. Banyak implikasi negatif kepada organ kita.

Baca yang lain