Pemain marah dan mencarut dalam padang sudah menjadi asam garam dalam bola sepak.
Cuma sebelum ini dengan adanya penyokong, maka kita tak dengar sangat makian dan carutan mereka.
Dalam aksi antara Pahang dengan Perak sebentar tadi, satu detik carutan Leandro menarik perhatian warganet.
Di mana pemain import Perak itu mencarut dengan bahasa Melayu. Dia tak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepadanya.
Selepas dia meroyan dalam bahasa Inggeris, terkeluar daripada mulutnya kedengaran seperti: “B*dolah babi.”
Pahang bermula garang dalam perlawanan ini.
Di mana pada separuh masa pertama mereka mendahului 3-0.
Pahang di hadapan menerusi R. Dinesh seawal minit ke-8.
8' | GOL DINESH!@officialpahang kini mendahului @peraktbgmy menerusi jaringan R. Dinesh. #CIMBLigaSuper2020#PHGPRK#MFLLive pic.twitter.com/t537s96b5n
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Pahang menggandakan pendahuluan menerusi Nik Shariff pada minit ke-27, satu gol hasil kecerdasan dan teknikal menggelecek yang padu.
Nik Shariff kemudian menewaskan penjaga gol di near post.
27' | GOL NIK SHARIF!@officialpahang menambah jaringan kedua menerusi Nik Sharif Haseefy. #CIMBLigaSuper2020#PHGPRK#MFLLive pic.twitter.com/2VglQlKfjG
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Sebelum rehat Ivan Carlos menjadikan kedudukan 3-0 menerusi satu tap in mudah.
41' | GOL IVAN CARLOS!@officialpahang menambah jaringan ketiga menerusi Ivan Carlos. #CIMBLigaSuper2020#PHGPRK#MFLLive pic.twitter.com/ilyqCDaBqA
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Namun apa yang berlaku pada separuh masa kedua membuatkan peminat Pahang sangat hampa.
Perak bangkit dan mengikat mereka 3-3.
Bermula dengan gol pertama Partiban yang melakukan curler kelas dunia. Sangat cantik lencongan itu.
48' | GOL J. PARTIBAN! @officialpahang 3-1 @peraktbgmy #CIMBLigaSuper2020#PHGPRK#MFLLive pic.twitter.com/Tb5tzD5Y9U
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Berbaki 5 minit lagi, Shahrel Fikri terus membuktikan ketajamannya – dengan satu lagi gol lencongan cantik dari dalam kotak penalti.
84' | GOL SHAHREL FIKRI!@peraktbgmy merapatkan jurang di Stadium Darul Makmur menerusi jaringan Shahrel Fikri. #CIMBLigaSuper2020#PHGPRK#MFLLive pic.twitter.com/XlN2UER78R
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Dan pada masa kecederaan Pahang memberikan Perak sepakan percuma dari luar kotak penalti. Bola sepakan percuma itu gagal dikeluarkan pertahanan Pahang dan J Partiban merembat sekuat hatinya.
Helmi Eliza malangnya hanya mampu terpaku apabila bola terbias pada belakangnya.
90 + 2' | GOL SENDIRI HELMI ELIZA ! @officialpahang 3-3 @peraktbgmy #CIMBLigaSuper2020#PHGPRK#MFLLive pic.twitter.com/zg0vGyAeZs
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020