Leandro Mencarut Dalam BM, Partiban Buat Worldie Gol Lencong – Hiasi Kebangkitan 3 Gol Perak Ke Atas Pahang

Pemain marah dan mencarut dalam padang sudah menjadi asam garam dalam bola sepak.

Cuma sebelum ini dengan adanya penyokong, maka kita tak dengar sangat makian dan carutan mereka.

Dalam aksi antara Pahang dengan Perak sebentar tadi, satu detik carutan Leandro menarik perhatian warganet.

Di mana pemain import Perak itu mencarut dengan bahasa Melayu. Dia tak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepadanya.

Selepas dia meroyan dalam bahasa Inggeris, terkeluar daripada mulutnya kedengaran seperti: “B*dolah babi.”

Pahang bermula garang dalam perlawanan ini.

Di mana pada separuh masa pertama mereka mendahului 3-0.

Pahang di hadapan menerusi R. Dinesh seawal minit ke-8.

Pahang menggandakan pendahuluan menerusi Nik Shariff pada minit ke-27, satu gol hasil kecerdasan dan teknikal menggelecek yang padu.

Nik Shariff kemudian menewaskan penjaga gol di near post.

Sebelum rehat Ivan Carlos menjadikan kedudukan 3-0 menerusi satu tap in mudah.

Namun apa yang berlaku pada separuh masa kedua membuatkan peminat Pahang sangat hampa.

Perak bangkit dan mengikat mereka 3-3.

Bermula dengan gol pertama Partiban yang melakukan curler kelas dunia. Sangat cantik lencongan itu.

Berbaki 5 minit lagi, Shahrel Fikri terus membuktikan ketajamannya – dengan satu lagi gol lencongan cantik dari dalam kotak penalti.

Dan pada masa kecederaan Pahang memberikan Perak sepakan percuma dari luar kotak penalti. Bola sepakan percuma itu gagal dikeluarkan pertahanan Pahang dan J Partiban merembat sekuat hatinya.

Helmi Eliza malangnya hanya mampu terpaku apabila bola terbias pada belakangnya.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.