Leandro Trossard Desak Perpindahan Segera: “Saya Dimalukan Pengurus Depan Rakan Saya”

Wira hatrik Brighton ketika menentang Liverpool sebelum ini, Leandro Trossard telah mendesak untuk dijual. Dia juga menyatakan dia tak akan melanjutkan kontraknya di kelab itu.

Ini selepas dia tidak sehaluan dengan pengurusnya.

Ejen kepada pemain tersebut, Josy Comhair membuat kenyataan umum tentang situasi melibatkan Trossard.

Dia mendakwa kliennya telah diaibkan oleh pengurus, De Zerbi di hadapan rakan rakannya yang lain. Membuatkan pemain itu tidak selesa dan tak mahu bermain untuk Brighton di bawah De Zerbi.

Roberto De Zerbi tidak menyenaraikan nama Trossard untuk perlawanan menentang Liverpool kerana pemain itu balik awal daripada pusat latihan tanpa kebenaran kelab.

De Zerbi menjelaskan bahawa Trossard sebenarnya sangat tahu akan pendiriannya berkenaan disiplin.

De Zerbi berkata: “Leandro sangat tahu pandangan saya berkenaan perkara itu.”

“Sesi latihan terakhir kami sebelum menentang Middlesbrough, selepas dia tahu dia tak akan diturunkan dalam perlawanan itu, dia telah meninggalkan pusat latihan tanpa memaklumkan saya apa apa.”

De Zerbi sudah beberapa kali mempersoalkan masalah disiplin pemain itu. Dia berpendapat Trossard seorang pemain yang tidak profesional.

Ramai juga yang menyokong tindakan De Zerbi itu. Mereka menyatakan pada hari ini, semakin ramai pemain besar kepala dan sukar dikawal.

Ejen: De Zerbi pengurus yang tidak memahami pemain

Namun ejen Trossard menuding kesalaha pada pengurus.

Menurut ejennya, Trossard dan De Zerbi sudah lama tidak bertegur sapa. Dan cara terbaik adalah merealisasikan perpindahan pemain itu yang dianggap akan memberikan manfaat kepada Trossard, pengurus dan kelab.

Kenyataan ejennya berkata: “Sebelum Trossard pergi ke Qatar, Brighton mahu melanjutkan kontraknya. Namun ianya tidak berlaku. Leaandro memberitahu kelab dia sudah sedia dengan langkah seterusnya di dalam kariernya.”

“Selepas Piala Dunia, dia kembali ke kelab dan ada pergaduhan di antara Leandro dan rakan sepasukanya di pusat latihan selepas perselisihan pendapat.”

“Sejak itu, pengurus tidak bercakap lagi dengan Leandro, dan jelas mewukudkan atmosfera tidak kondusif dan tidak membantu dari segi prestasi.”

“Leandro masih berada dalam kesebelasan menentang Southampton dan Arsenal, namun dia di bangku simpanan ketika menentang Everton.”

“Di malah tidak digunakan langsung daripada 5 pertukaran dibuat masa itu.”

“Menjelang aksi menentang Middlesbrough dalam Piala FA, Leandro sudah memberitahu kelab dua kali bahawa dia ada masalah kecederaan di betisnya. Itulah sebabnya dia berhenti berlatih pada hari itu, atas nasihat pegawai perubatan kelab.”

“Pengurus kemudian memberitahu Leandro bahwa dia harus berlatih berasingan. Isnin lalu, pengurus mengaibkan Leandro di hadapan kumpulan dengan menyatakan bahawa dia sudah tak mahu tengok muka Leandro lagi.

“Seorang pengurus yang tidak berkomunikasi dengan pemainnya selama 4 minggu adalah sangat tidak memahami.”

“Pengurus yang sama yang mencadangkan bahawa perpindahan pemain tersebut adalah solusi terbaik.”

“Jadi sangat penting untuk Brighton bekerjasama dalam merealisasikan potensi perpindahan pemain tersebut dalam jendela perpindahan dan menunjukkan sikap yang boleh memberikan manfaat kepada semua pihak.”

Baca yang lain