Lebih 50% Pemain Liga-M ‘Berehat’ 162 Hari Sebelum Sepak Mula 28 Februari 2020

Pada 12 Disember Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menetapkan tarikh iaitu 28 Februari sebagai sepak mula saingan Liga Malaysia musim 2020.

Perkara ini disahkan oleh badan itu dimana tarikh tersebut dipilih berdasarkan prosedur rapi serta proses Economic Control Programme (ECP) yang bakal diimplementasi bagi saingan musim hadapan.

“Kesemua pasukan harus menyerahkan bajet kepada MFL sebelum tarikh tutup pada 15 Disember ini di mana MFL akan mengenalpasti atau mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun depan.

“Kemudian pasukan-pasukan barulah dibenarkan untuk mendaftarkan pemain sebaik jendela perpindahan pertama Liga Malaysia dibuka pada 16 Januari hingga 15 Mac tahun depan.

“Jadi proses dan prosedur ECP ini harus dipatuhi oleh setiap pasukan Liga Malaysia dan menyaksikan saingan akan bermula pada 28 Februari tahun depan. Tempoh masa ini bagi memastikan persediaan mereka berada dalam tahap terbaik selaras pengenalan ECP pada musim depan,” kata MFL.

Perkembangan ini akan meletakan Liga Super akan mempunyai tarikh sepak mula yang hampir sama dengan Thai League dan V-League. 2 liga ini memulakan liga mereka pada 22-23 Februari bagi saingan musim 2019.

Akan tetapi, liga mereka tamat sekitar 23-26 Oktober sedangkan 50% pasukan di Liga M akan berhenti pada 12-18 September selepas tamat peringkat kumpulan Piala Malaysia dan Piala Cabaran. 2 bulan setengah yang berikutnya hanya melibatkan 2-12 pasukan yang mara ke peringkat kalah mati.

Berikutan sepak mula yang dilewatkan sehingga 3 minggu itu dari tahun sebelumnya menyaksikan 50% pemain mempunyai rehat 162 hari dari perlawanan kompetitif. Majoriti pemain dari Thai League dan V-League mempunyai masa hampir 121 hari rehat.

Malaysia mempunyai lebih 40 hari rehat berbanding 2 negara Asean tersebut.

Adakah Liga M kecil dan mempunyai sedikit perlawanan berbanding Thailand dan Vietnam

Tidak.

Malaysia mempunyai 27 perlawanan wajib kepada semua pasukan dalam 3 pertandingan domestik

Malaysia dan Thailand mempunyai 3 pertandingan domestik sementara itu Vietnam 2 Piala. Walaupun Liga Super hanya mempunyai 22 perlawanan berbanding Thai League (30) dan V-League (26), Piala Malaysia dan Cabaran menawarkan 6 perlawanan tambahan.

3 liga terbaik di Asean ini mempunyai jumlah perlawanan ‘mandatori’ yang hampir sama.

Jadi, kenapa Liga M menyaksikan lebih 50% pemain berehat panjang

Liga masih lagi mejadi medan kelayakan Piala Malaysia seperti era amatur dan semi-profesional.

Susunan jadual domestik Malaysia pada musim 2019

Secara praktikal, pada era amatur Liga bukanlah satu pertandingan yang ‘diiktiraf’, ia hanya lebih kepada fasa kelayakan untuk Piala Malaysia.

Apabila Asia mula memahami kepentingan liga pada zaman semi-profesional dan profesional, pertandingan ini mula mendapat tumpuan. Lebih-lebih lagi apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mula membaiki platform Liga Juara Asia bermula pada tahun 2001.

MFL pernah menindihkan Piala ke-3 (Piala Malaysia) ketika Liga berjalan tetapi membuat pusingan U apabila tidak dapat diterima oleh sebahagian penyokong yang mahu Piala Malaysia terus mendapat perhatian.

Ketika jadual Piala Malaysia ditindihkan, semua pasukan perlu bermain sehingga minggu terakhir Oktober setiap musim bagi menamatkan Liga. Ia menyamai tempoh tamat liga di Thai League, V-League malahan juga J-League. Tidak berlaku jadual 3 bulan terakhir hanya melibatkan separuh sahaja pasukan di Liga-M yang mempunyai jadual perlawanan.

Adakah ini akan membentuk persatuan dan kelab bola sepak yang lemah dalam aspek mengurus pasukan

Ya.

Secara amalannya kontrak pemain akan berakhir pada 31 November pada setiap musim. Tetapi ia juga bergantung kepada jadual domestik itu sendiri.

Pasukan akan keberatan untuk menandatangi pemain lebih dari 2 musim kerana terdapat lebih 150 hari setiap musim (atau hampir 5 bulan), pemain dibayar tanpa terlibat dengan aktiviti bola sepak. Persatuan memilih jalan lebih jimat seperti membiarkan pasukan mempunyai bil yang rendah selepas September sehingga Januari.

Jumlah gaji pemain di Malaysia tidak murah, sejak era semi profesional lagi.

Daripada habis RM 2-5 juta, lebih baik berebut pemain setiap pra musim kan.

Dari Sudut lain, pemain juga tidak mendapat kecergasan yang baik apabila pengurusan tidak mempunyai aktiviti bola sepak kerana jadual. Penaja juga kurang berminat kerana tumpuan kepada pasukan agak pendek.

Bolehkah MFL meneruskan sepak mula pada hujung Februari setiap Musim?

Amat digalakan kerana proses keseragaman di Asia perlu berlaku. Liga-liga besar di Zon Asia banyak menetapkan hujung Februari adalah sepak mula. Jepun, Korea Selatan diikuti Thailand dan Vietnam.

Pada Januari, Asia mempunyai banyak pertandingan major seperti Piala Asia, Piala Asia B-22 dan B-19. Januari-Februari di Asia seperti Jun-Julai di Eropah, pertandingan major negara dan proses pra musim pasukan domestik berlaku. Kejohanan major ini pada kebisaannya akan tamat pada penhujung Januari dan awal Februari.

Lewat Februari adalah tarikh tepat untuk saingan domestik membuka tirai, selepas 1 minggu perlawanan sumbangsih berlangsung sebagai simbol pembuka musim. Cuma Malaysia perlu mencari jalan membina liga yang tamat lewat Oktober atau awal November bagi membina tempoh pra musim yang wajar.

Tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang.

 

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi