Lebih 6,000 Aduan Mahu Backstreet Rookie Segera Dihentikan Kerana Banyak Adegan ‘Panas’

Drama Korea Backstreet Rookie baru sahaja ditayangkan dalam beberapa episod. Namun drama bersiri yang dilakonkan oleh superstar Ji Chang Wook itu sudah mengundang protes penonton.

Protes itu mulai bergema ketika babak 3 pelajar sekolah menengah lakonann Jung Saet Byul (Kim Yoo Jung) meminta rokok daripada lelaki asing, Choi Dae Hyun (Ji Chang Wook).

Namun Dae Hyun memngingatkan mereka untuk tidak merokok kerana masih di bawah umur.

Terkesima dengan nasihat itu, Saet Byul terus mencium bibir lelaki itu yang baru saja ditemuinya.

“Kamu adalah orang pertama yang menyuruhku berhenti merokok,” ujar Saet Byul.

Namun bukan itu masalahnya. Ada adegan yang dianggap penonton seharusnya tidak seharusnya ditayangkan kepada umum kerana adanya unsur pelacuran haram – menurut mereka.

Terdapat satu babak di mana seorang lelaki melarikan diri daripada dikejar pihak polis ketika memasuki tempat pelacuran tak berlesen.

Protes lainnya muncul gara-gara penampilan Jung Saet Byul yang dinilai terlalu seksi padahal usianya masih remaja. Penampilannya terlalu seksi dan berkerja di kedai serbaneka 24 jam.

Warganet juga merasa hairan mengapa artis sepopular Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung mahu membintangi drama tersebut yang dituduh mereka terlalu berahi.

Seorang peminat berkata: “Apakah para artis ini memilih drama secara membabi buta dan tidak melihat (detailnya). Seluruh jalan ceritanya terlalu berfantasi dan kotor,” kata warganet itu kepada Allkpop.

Ada juga yang menyatakan drama ini boleh menjatuhkan reputasi Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung.

“Ada adegan ciuman dengan ahjussi. Dia pikir itu romantis? Apakah SBS sudah gila? Saya tidak mau menonton ini,” tegas yang lain.

Sebagai  tambahan, Backstreet Rookie diadaptasi dari webtoon dewasa berjudul Convenience Store Saet Byul. Namun SBS sebelum ini menyatakan drama itu sesuai ditonton pelbagai lapisan masyarakat.

Namun Pinkvilla melaporkan kini, lebih 6000 bantahan telah dibuat ke atas penayangan drama ini.

 

 

Baca yang lain