LeBron James Kenang Kobe Bryant Dengan Tatu, Ikrar Teruskan Legasi

LeBron James telah menunjukkan tatu baru beliau kepada umum, sebagai penghormatan kepada Kobe Bryant yang meninggal dunia kerana nahas pesawat.

Pemain LA Lakers itu, menarik seluar pendeknya semasa sesi latihan untuk menunjukkan imej Black Mamba di pahanya.

Tatu ini adalah merujuk kepada Kobe Bryant yang dikenali sebagai Mamba hitam oleh peminat dan rakan-rakannya di seluruh dunia.

Pemain Lakers yang lain termasuk Anthony Davis juga memperingati legenda NBA dan menyiarkan video di laman Instagramnya untuk menunjukkan tatu beliau.

Ianya berlaku beberapa hari selepas legenda NBA berusia 41 tahun terlibat dalam nahas pesawat yang tragis bersama dengan anak perempuannya berusia 13 tahun.

Tujuh penumpang lain turut terkorban pada pagi Ahad lalu: jurulatih bola keranjang John Altobelli; isterinya, Keri; dan anak perempuan mereka Alyssa; Payton Chester dan ibunya Sarah; Christina Mauser; dan juruterbang Ara Zobayan.

Pada awal minggu ini James menulis satu penghormatan yang penuh emosi kepada Bryant, di mana beliau bercakap tentang rasa terkejut dan ketidakpercayaannya mendengar berita tersebut.

Melalui Instagramnya, pemain berusia 35 tahun itu berkata: “Saya tidak bersedia tetapi di sini, sebagai seorang Lelaki yang saya duduk di sini cuba menulis sesuatu untuk post ini.”

“Tetapi setiap kali saya cuba untuk meluahkannya, saya mula menangis lagi hanya memikirkan kamu [Kobe], dan persahabatan / ikatan / persaudaraan yang kita ada!

“Saya ada mendengar suara kamu pada pagi Ahad, sebelum saya meninggalkan Philly untuk kembali ke LA. Saya tidak terfikir langsung, walaupun sedikiit pun daripada sejuta tahun bahawa itu akan menjadi perbualan terakhir kita.”

“Saya putus asa dan hancur my brother!!”

“Bro, saya sangat sayangkan kamu. Rasa sebak di hati saya ketika ini untuk Vanessa dan anak-anak kamu. Dan saya berjanji saya akan meneruskan legasi kamu.”

“Kamu sangat bermakna untuk kami di sini, terutama sekali #LakerNation dan tanggungjawab saya untuk meletakkan tanggungjawab ini di belakang saya dan teruskan itu!”

“Tolong beri saya kekuatan dari atas langit sana dan perhatikanlah saya!”

“Banyak lagi perkara yang ingin saya luahkan, tetapi tidak mampu buat sekarang, kerana saya tidak dapat meneruskannya. Sehingga kita bertemu lagi saudaraku!!”

Dalam jawatan post terakhir Bryant di media sosial, beliau telah mengucapkan tahniah kepada James kerana berjaya memintas beliau sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah NBA.

Bryant menulis: “Teruslah memacu permainan ini ke hadapan King James. Terimalah rasa hormat tak terhingga dari saya my brother.”

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.