Lecce 2 SPAL 1: Di Biagio Kalah Dalam Debut Sebagai Pengurus, Liverini Ulangi Rekod 2014

SPAL tewas di Comunale Via del Mare dengan keputusan 1-2. Keputusan itu terus meletakkan skuad bimbingan Gigi Di Biagio di tangga terbawah Serie A dengan hanya mengutip 15 mata selepas 24 perlawanan.

Andrea Petagna berjaya memadam gol penalti Marco Mancosu namun jaringan Zan Majer pada minit ke-66 mengesahkan kemenangan Lecce.

Zan Majer menjaringkan gol kemenangan Lecce pada minit ke-66

Di Biagio yang menggantikan Leornardo Semplici baru-baru ini meneruskan rentetan kekalahan SPAL untuk kali ke-4 berturut-turut.

Di Biaggio percaya SPAL lebih berhak dalam perlawanan ini

Gigi Di Biagio menegaskan SPAL berhak mendapat keputusan lebih baik selepas melihat pasukannya tewas kepada Lecce, bagaimanapun keputusan tersebut tidak akan mematahkan harapannya.”

Bercakap tentang adakah gila untuk melihat SPAL akan terus kekal di Serie A yang kini berada ditangga terbawah, 8 mata dibelakang Sampdoria yang berada di tangga ke-17.

Di Biagio mengatakan beliau sudah banyak kali melihat perkara gila dalam bola sepak sepanjang kariernya.

Beliau merupakan bekas jurulatih Itali B-21 yang menggantikan Leornardo Semplici yang baru dipecat.

Pada perlawanan ini, walaupun Andrea Petagna berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada awal babak ke-2 tetapi Zan Majer menjaringkan gol kemenangan buat Lecce.

“Kami mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan pada pandangan saya, kami lebih berhak dari (hanya) pulang dengan tangan kosong.

“Dalam kata mudah kami hanya menunjukan semangat dan keazaman (tapi tewas).

“Kami perlu terus memberi tumpuan kepada usaha yang kami lakukan sepanjang minggu ini, konsep yang saya cuba perkenalkan.

“Keadaan yang sukar, tiada siapa boleh menafikannya. Tetapi kami harap pasukan lain (juga) tergelincir dan yang lebih penting kami (perlu) mengutip banyak mata dengan cepat.

“Saya mempunyai pilihan yang terhad dalam serangan. Saya meletakkan seseorang di bangku simpanan dan mengharapkan dia mengubah keputusan.”

Gigi Di Biaggio gagal mengeluarkan SPAL dari kekalahan. Kini SPAL merekod 4 kekalahan berturut-turut

SPAL kini berada di tangga terbawah liga dengan hanya mengutip 15 mata. Hanya mencatat 4 menang, 3 seri dan 17 kali kalah.

“Bercakap tentang selamat di Serie A dalam keadaan (seperti) ini mungkin kelihatan gila, tetapi saya telah melihat banyak perkara gila dalam karier saya. Saya tahu semuanya boleh berlaku.

“Saya percaya SPAL bukan pasukan yang lebih rendah (lemah) berbanding Brescia, Genoa dan Lecce. Tidak sama sekali.”

Liverini catat kemenangan ke-3 berturut-turut sejak kali terakhir berlaku pada 2014

Pengurus Lecce, Fabio Liverini sentiasa percaya bahawa Lecce akan menemui sentuhannya di Serie A.

Pasukan yang baru mendapat promosi pada musim ini menewaskan SPAL pada perlawanan semalam.

18 bulan lepas Lecce hanya pasukan yang berada di Serie C, 2018/19 naik ke Serie B dan kini bersaing untuk kekal di Serie A.

Lecce berada ditangga ke-16, 3 mata dari zon penyingkiran.

Selepas jendela perpindahan tengah musim berlalu, Lecce mencatat keputusan yang agak positif. Salentini (Lecce) kini merakamkan 3 kemenangan berturut-turut.

Fabio Liverini mengangkat Lecce dari Serie C ke Serie A dan kini merekodkan 3 kemenangan berturut-turut

 

“Ketika orang sangat terburu-buru (tidak sabar), tetapi pasukan ini hanya berada di Serie C pada 18 bulan lepas.

“Kami berjuang di divisyen tertinggi (sekarang) dengan kemampuan yang terbatas. Ia memerlukan masa untuk penyesuaian.

“Untuk memahami, (buat masa sekarang) kami mampu bersaing di peringkat ini dan kami juga boleh menang.

“Saya rasa kemenangan ke atas Torino (4-0) telah meningkatkan pysikologi (keyakinan) kami. Ia merupakan kemenangan pertama kami di tempat sendiri dan kami melakukannya dengan 4 jaringan.

“Penyesalan terbesar saya ialah kami tidak mempunyai pemain yang cukup pada bulan Disember untuk berlatih dengan baik, apa lagi bermain di peringkat ini (Serie A). Ia cukup menyedihkan.

“Di Serie A anda memerlukan 3-4 pemain untuk berada di bahagian kawasan lawan. Kami berusaha dengan sikap yang aktif dan proaktif.

“Percaya kepada kualiti rakan sepasukan dan percaya jika kami terus bagus, kami akan mendapat ganjaran.

“Saya boleh menyediakan pasukan sepanjang minggu, tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak boleh sediakan, seperti cuaca.

“Pada perlawanan ini SPAL berhadapan dengan angin yang menentang ke arah mereka. Kami tidak menggunakan kelebihan itu ketika mereka sukar untuk mengeluarkan bola (dari kawasan mereka).

“Ini adalah perkara yang kamu harus lihat dan gunakan ketika perlawanan.

“Saya yakin Lecce akan selamat (kekal di Serie A) kerana saya tahu kualiti skuad ini.

Lecce tidak pernah menang di Serie A 3 kali berturut-turut sejak 2004 dibawah jurulatih Delio Rossi.

“Kami berkerja bersama ketika di Lazio dan Palermo. Beliau banyak mengajar saya ketika saya melangkah ke kelab besar.

“Saya gembira dengan pemain muda ini yang telah menyamai rekod tersebut. Kelab yang baru dipromosikan di pertandingan (paling) kompetitif, ianya bukanlah mudah untuk merakam 3 kemenangan berturut-turut.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.