Lee Beauty Kosmetik Bakal Tembus Masuk Pasaran Malaysia

Elog Group Human Resources telah mengadakan majlis pelancaran produk kosmetik mereka yang dikenali sebagai Lee Beauty pada 26 Julai lalu di Pusat Konvensyen Nasional di Vietnam.

Ketika majlis tersebut, Elog telah melancarkan produk kosmetik dan kombo rawatan melasma hasil kerjasama antara mereka bersama Trading Joint Stock Company.

Ia dianggap sebagai produk yang akan mencetuskan fenomena dan bakal membantu ramai wanita di luar sana yang sebelum ini mengharapkan adanya penyelesaian baru yang berkesan dalam merawat pigmentasi dan rawatan kulit.

Majlis tersebut dihadiri oleh Encik Le Ngoc Minh, wakil jenama Lee Beauty, Cik Ngan Kim Tuyen, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Elog, Encik Mark Hudson, Pakar dari Kumpulan Farmaseutikal Kosmetik Korea dan seorang pelakon cantik jelita dari Vietnam, Quynh Nga.

Pada majlis itu, Elog Group memperkenalkan produk kosmetik terbaru mereka iaitu kombo rawatan melasma dan penambahbaikan jerawat daripada jenama Lee Beauty.

Secara amnya, rawatan melasma Lee Beauty sangat diyakini oleh ramai pihak terutama pakar-pakar kecantikan kulit.

Lee Beauty sangat mengharapkan agar mereka akan dapat membantu wanita-wanita untuk menghilangkan rasa malu ketika mereka memiliki masalah melasma dan jeragat.

Lee Beauty juga sangat berharap agar pengguna produk akan terus kekal yakin dengan kecantikan kulit yang akan mereka miliki dan tidak lagi merasa rendah diri.

Elog Group telah bekerjasama dengan rakan kongsi dari Korea Selatan dengan mereka turut melakukan penyelidikan sebelum memasarkan produk Lee Beauty serum dan Melasma Cream.

Dengan menggunakan teknologi Nanotech Liposome dari Korea Selatan, serum dan krim Lee Beauty merupakan gabungan yang sangat sempurna.

Ia akan mampu memberi kesan khas untuk menghilangkan bintik-bintik gelap, melasma, jeragat, dan juga mengatasi masalah pigmentasi.

Wakil syarikat Lee Beauty turut berharap agar produk mereka akan mampu untuk terus membantu kaum wanita kekal cantik dan memiliki keyakinan diri yang tinggi.

Lee Beauty merupakan jenama kosmetik yang sangat berprestij dari Korea dan ia sangat-sangat diyakini oleh pakar-pakar dari seluruh dunia.

Produk Lee Beauty juga dihasilkan di kilang bertaraf tinggi dengan menggunakan mesin modern yang canggih dan akan menghasilkan sesuatu yang sangat berkualiti.

Kombo rawatan melasma Lee Beauty adalah jalan penyelesaian terbaik untuk pengguna dapat menyelesaikan masalah kulit dan kekal menjadi cantik.

Ia dikatakan bakal memberi kesan yang sangat cepat dan perubahan ketara akan dapat dilihat selepas sebulan mengamalkan produk Lee Beauty.

Lee Beauty sangat-sangat percaya dengan pembanggunan produk ini dalam pasaran, hal itu kerana krim dan serum melasma Lee Beauty mempunyai kelebihan tersendiri yang tiada pada produk lain.

Kelebihan ini membantu menjadikan Lee Beauty sebagai jenama produk kosmetik berkualiti antarabangsa.

Produk Lee Beauty diiktiraf dan mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kesihatan untuk dijual kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.

Kombo rawatan melasma Lee Beauty kaya dengan bahan semulajadi dan unsur aktif yang menyokong rawatan intensif melasma – jeragat – jerawat seperti ekstrak centella asiatica, ekstrak minyak pati anise, Niacinamide dan Asid Sitrik, dll.

Di mana ekstrak centella asiatica membantu menyahtoksik, memudarkan bintik hitam dan melambatkan proses penyamakan, merangsang pertumbuhan kolagen.

Niacinamide membantu mengurangkan pigmentasi, memudarkan bintik hitam, menjaga tona kulit sekata, merawat jerawat, mengetatkan liang roma manakala Citric Acid membantu memperbaiki kedutan, memudarkan melasma, jeragat, pigmentasi dengan cara yang selamat dan berkesan.

Kombo rawatan melasma diseragamkan untuk input dan output. Daripada input, sumber bahan mentah bersih, yang diimport dari banyak negara di seluruh dunia serta memenuhi piawaian pihak berkuasa.

Dengan penggunaan bahan mentah berkualiti tinggi, segala bahan aktif dalam herba perubatan bakal mampu menghasilkan hasil yang terbaik.

Pada majlis itu juga, Kumpulan Elog Human Resources dan Trading Joint Stock Company telah menandatangani kontrak untuk menggunakan teknologi Nanotech Liposome.

Ia merupakan langkah yang sangat penting untuk membantu Elog membawa jenama kosmetik mereka ke pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa.

Selepas kukuh dan mendapat sambutan yang hangat dalam pasaran Vietnam, Lee Beauty kini mahu meluaskan empayer mereka ke pasaran lebih besar.

Acara memotong reben turut dilakukan oleh wakil jenama Lee Beauty, ahli lembaga pengarah, pakar kecantikan kulit, Encik Mark Hudson dan pelakon terkenal Quynh Nga.

Jenama Lee Beauty kini sudah masuk ke pasaran Malaysia dan kini akan membuka peluang untuk wanita-wanita di negara ini menjadi cantik dan menjana pendapatan sampingan dengan menjual produk tersebut.

Kumpulan Elog Human Resources dan Trading Joint Stock Company secara rasminya telah membawa masuk produk Lee Beauty ke pasaran tempatan Malaysia.

Konsep yang diamalkan oleh syarikat adalah mesra alam, mencantikkan kulit, Harga yang berpatutan, dikilangkan mengikut piawaian GMP di kilang besar di Korea.

Semoga saja Lee Beauty akan mampu membantu ramai wanita-wanita di Malaysia untuk menyelesaikan masalah kulit mereka.

Baca yang lain