Lee Carsley Minta Dikembalikan Ke Pasukan B-21

Pengurus Lee Carsley meminta untuk dikembalikan semula ke skuad belia England iaitu pasukan B-21. Sebelum ini Lee Carsley telah membantu skuad B-21 England menjadi juara Euro B-21.

Dia kini menggalas tugasan sebagai pengurus interim skuad utama England. Walaupun mencatatkan beberapa hasil yang positif, namun Carsley berterus terang menyatakan bahawa dia tidak cukup bagus untuk menjadi pengurus Three Lions.

Lee Carsley berpendapat bahawa orang paling layak menggalas tugasan pengurus kebangsaan England adalah seorang pengurus berkelas dunia dan sudah ada banyak trofi di dalam kariernya.

Dan Carsley berkata dia bukan berkelas dunia dan masih dalam perjalanan untuk sampai ke tahap itu.

“Jawatan ini layak untuk pengurus berkelas dunia yang sudah memenangi banyak trofi. Saya masih dalam perjalanan untuk sampai ke tahap itu.”

FA England dan Lee Carsley dilaporkan sudah berbincang tentang perkara itu. Dengan FA England kini dikaitkan dengan Thomas Tuchel.

Menurut laporan dari Jerman, rundingan antara Tuchel dengan England sedang berlangsung. Dan setakat ini rundingan itu agak positif. Tuchel malah dikatakan hampir pasti menerima jawatan tersebut.

Bekas pengurus Chelsea itu dianggap calon terbaik pada ketika ini. Ini ditambah dengan hakikat bahawa dia masih tidak ada jawatan lagi selepas meninggalkan Bayern Munich.

Dia memiliki rekod dan reputasi yang luar biasa dalam kariernya. Memenangi beberapa trofi dan juga pernah memenangi Liga Juara Juara Eropah ketika menguruskan pasukan Chelsea.