Lee Kwang Soo Kemalangan Dan Terpaksa Berehat Dari Running Man

Lee Kwang Soo cedera dalam kemalangan;  pelakon untuk berehat dari Running Man

Pelakon Korea Selatan Lee Kwang Soo terlibat dengan kemalangan pada hujung minggu lalu dan akan berehat dari program realiti Running Man untuk sementara waktu.

Berita mengenai kecederaan pelakon itu tersebar tidak lama selepas kejadian itu. Menurut laporan, Kwang Soo akan menjalani pembedahan hari ini.

Dikabarkan, Lee Kwang Soo dilanggar oleh sebuah kereta pada 15 Februari, ketika dia sedang berada dalam jadual pribadinya.

Agensi Kwang Soo, King Kong by Starship membuat kenyataan mengenai keadaan kesihatan pelakon itu dan komitmennya.

“Halo, ini adalah King Kong by Starship. Pada petang 15 Februari (Sabtu), Lee Kwang Soo, yang pergi ke suatu tempat dengan memandu kereta sebagai sebahagian daripada jadual peribadi  telah dilanggar oleh sebuah kereta yang melanggar isyarat lalu lintas.”

“Pemeriksaan terperinci telah dijalankan di hospital berhampiran, beliau disahkan patah kaki di bahagian pergelangan kaki kanannya”.

“Lee Kwang Soo sedang mengambil langkah untuk dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan.”.

“Akibatnya, dia tidak akan dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijadualkan, dan kami meminta agar anda memahami keadaan beliau.”

“Kami akan memantau kesihatannya dan dia akan memberi tumpuan kepada menerima rawatan untuk pemulihannya terlebih dahulu”.

Begitu lah kenyataan dari agensi Prince Of Asia Lee Kwang Soo.

Lee Kwang Soo adalah seorang sahabat kepada Song Joong Ki, Lee Kwang Soo yang berusia 34 tahun itu terkenal dengan persembahannya dalam siri televisyen City Hunter, Innocent Man, Love Secret, It’s Ok It’s Love, The Girl Who Sees Smells, Entourage, Live dan lain-lain.

Sejak dari penggambaran Innocent man, Lee Kwang Soo dianggap sebagai salah seorang kawan terbaik Song Joong Ki. Kwang Soo adalah salah seorang anggota tetap dari acara popular Running Man sejak tahun 2010.

Pelakon itu mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Lee Sun-bin sejak Julai 2018. Kwang Soo memulakan kerjayanya di industri hiburan Korea Selatan sebagai model pada tahun 2007.

Debutnya dalam dunia lakonan adalah pada tahun 2008 dalam sitcom Here He Comes. Beliau kemudiannya mengambil bahagian dalam sitkom kedua High Kick Through the Roof.

Selain daripada terlibat dalam drama siri Kwang Soo juga telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Heroes Battlefield, The Scent, A Wonderful Moment, Inventive Collective dan banyak lagi.

Semoga tiada kecederaan yang serius menimpa beliau dan beliau boleh kembali menghiburkan kita. Running Man sepi tanpa jenaka Kwang Soo.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari