Lee Kwang Soo: Prince Of Asia Yang Kelakar Dalam Running Man

Nama Lee Kwang Soo pastinya sudah tidak asing lagi buat para peminat variety show Korea Selatan, Running Man. Di dalam Running Man Kwang-Soo mendapat pelbagai nama samaran seperti Kwang ja, Kwang vatar , Zirafah dan Putera asia.

Kwang soo di lahirkan pada 14 Julai 1985 dan telah memulakan karier model pada tahun 2007 dan membuat debut dalam dunia lakonan pada tahun 2008 untuk sitcom “here he come”.

Kwang soo adalah seorang pelakon, penghibur, dan model yang berasal dari Korea Selatan.

Prince Of Asia Dan Running Man

Kwang soo menyertai Running Man pada tahun 2010. Sejak episod pertama lagi Kwang soo sudah menjadi tarikan utama untuk Running Man selain Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Haha, Song Ji Hyo, Lee kwang Soo, Song Joong Ki , Kang Gary dan Lizzy.

Si Zirafah ni memang seorang yang kelakar.

Namun Jong Ki, Gary dan Lizzy telah meninggalkan rancangan kerana meneruskan kerjaya masing- masing dan tempat mereka telah di isi oleh Jeon So Min dan Yang Se Chan.

Mungkin ada yang belum tahu tentang perjalanan karier seni Kwang soo.

Jadi disini kita bersama menggali sedikit maklumat tentang Putera kesayangan Asia ini.

Di dalam Running Man beliau dikenali sebagai putera asia dek kerana populariti dan pengaruh nya yang begitu besar di luar Negara.

Beliau juga telah menerima Anugerah Bintang baru Popular dan pendatang baru Terbaik dalam rancangan Aneka Ragam selama dua tahun berturut-turut 2010 dan 2011 dibawah anugerah SBS Entertaiment.

Bermula pada tahun 2012 sehingga kini kwang Soo telah banyak membintangi filem, drama  dan Rancangan Television seperti, Wonderful Radio, All About My Wife, The Innocent Man, Goddess Of Fire, The Sound Of Your Heart, The Accidental Detective 2:in action, Tazza: One Eyed Jack dan banyak lagi.

Kwang Soo Dan Wanita Idaman

Sejak di Running man beliau sering dikaitkan dengan ramai selebriti wanita dan sering mendapatkan nasihat percintaan dari sahabatnya Yoo Jae Sook.

Namun beliau sering gagal untuk memikat wanita yang beliau cintai dan beliau juga terkenal dengan sikap yang mudah jatuh cinta.

Hinggalah pada tahun 2018 beliau dan pasangan nya Lee Sun Bin mengumumkan mereka dalam perhubungan secara rasmi.

Nasib beliau baik kerana debut beliau selepas menyertai Tentera.  Jika di lihat kebanyakkan artis korea yang meningkat naik kariernya merundum selepas menyertai Tentera.

Cita-Cita Pendidikan Dan Peribadi

Lee Kwang Soo sering memainkan watak malang dan dungu di dalam rancangan Running Man namun tahukah anda semua bahawa Kwang soo memiliki ijazah dalam Journalism dari Dong-ah Broadcasting collegue.

Kwang Soo juga di katakan seorang yang di sayangi oleh Dewa Dunia hiburan kerana sentiasa ada saja perkara lucu berlaku kepada beliau sama ada secara sengaja atau pon tidak.

Selebiti yang tinggi lampai ini juga suka melukis sejak dari kecil sehingga memasang cita-cita untuk menjadi pelukis komik, namun keluarganya tidak menyokong cita-citanya itu jadi beliau menganggap melukis hanya sekadar hobi.

Kwang soo juga amat disenangi semua pihak ketika penggambaran kerana sikap merendah diri dan sopan santun beliau.

Banyak lagi fakta menarik tentang Kwang soo namun sampai disini sahaja perkongsian kita bersama. Semoga Kwang Soo berjaya dalam bidang yang di ceburi dan terus menghiburkan kita semua.

Baca yang lain