Lee Zii Jia, Axelsen Tarik Diri Daripada Malaysia Masters

Kejohanan Malaysia Masters akan datang dijangka tanpa dua nama besar iaitu juara Asia Lee Zii Jia dan juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia Viktor Axelsen.

Lee Zii Jia sebelum ini sudah mengumumkan bahawa dia tak akan bertanding dalam Sukan Komanwel. Dan dijangka tidak akan mengambil bahagian dalam Malaysia Masters,

Pemain badminton no.1 negara itu sudah pulang ke Alor Star. Dia dikatakan sudah memaklumkan kepada pengurusan dan penajanya bahawa dia tak akan bertanding dalam Malaysia Masters yang akan dilangsungkan minggu ini di Axiata Arena.

Zii Jia sudah mejelaskan bahawa dia mahu berehat secukupnya untuk menghadapi kejohanan dunia pada lewat Ogos nanti. Dia turut tidak bertanding dalam akasi Terbuka Singapura dan Sukan Komanwel – seperti yang dia pernah maklumkan.

Sementara itu, pemain no.1 dunia perseorangan lelaki, Viktor Axelsen sudah mengesahkan bahawa dia menarik diri daripada menyertai Malaysia Masters.

Dia yang masih segar daripada kejuaraan Terbuka Malaysia menyatakan bahawa badannya memerlukan rehat. Axelsen baru sahaja menamatkan kemarau 15 tahun pemain eropah dalam Terbuka Malaysia.

Dia turut mengulangi pencapaian Peter Gade sebagai pemain terakhir yang memenangi Terbuka Malaysia dari Eropah pada 2007. Kedua dua mereka dari Denmark.

Dipetik daripada Stadium Astro, Axelsen berkata: “Apabila saya bangun pagi ini, badan dan kepala saya memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk berehat dan mengecas semula sebelum saya melangkah ke gelanggang semula.”

Axelsen sebelum ini pernah menyatakan bahawa lawan paling sukar dia musim ini adalah Lee Zii Jia. Dia menyatakan perkara itu dalam aksi Terbuka Indonesia beberapa minggu lalu. Namun kali ini tiada kelibat kedua dua pemain jaguh dari Denmark dan Malaysia itu,

Dengan penarikan diri dua nama besar itu, bermakna Kento Momota akan menjadi pilihan utama dalam Malaysia Masters kali ini. Dia juga merupakan juara bertahan pertandingan tersebut.

Momota berpeluang menebus kekalahannya dalam final Terbuka Malaysia baru baru ini dalam aksi yang sangat mengecewakan. Di mana dia ditewaskan oleh Axelsen dengan mudah dalam dua set. Perlawanan berlansgung kurang 40 minit.

Baca yang lain