Pemain perseorangan no.1 negara, Lee Zii Jia tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Penyingkiran itu agak mengejutkan ramai pihak memandangan Zii Jia merupakan antara peserta pilihan untuk menjuarai pertandingan di tempat sendiri.
Lee Zii Jia ketika ini berada di ranking kedua dunia.
Zii Jia disingkirkan oleh pemain Jepun, Kodai Naraoka semalam dengan skor 21-13. 17-21 dan 19-21.
Zii Jia menyatakan faktor utama kepada kegagalan dia beraksi baik adalah kesukaran mengawal bulu tangkis kerana angin di dalam Arena Axiata.
Lee Zee Jia 🇲🇾 thrills the home crowd with this insane rally! 🔥#HSBCbadminton #BWFWorldTour #MalaysiaOpen2023@HSBC_Sport pic.twitter.com/9hwFdg2pLi
— BWF (@bwfmedia) January 12, 2023
Lee Zii Jia menegaskan dia sudah melakukan yang terbaik, namun akhirnya terpaksa akur. Dia akan memfokuskan kepada kejohanan lain selepas ini.
Dipetik daripada Harian Metro, Zii Jia berkata: “Mengawal tiupan angin di gelanggang ini adalah satu cabaran besar bukan sahaja buat saya, tetapi pemain lain.”
Selain itu Lee Zii Jia menegaskan bahawa lawannya, Kodai memiliki sedikit kelebihan kerana sangat sabar beraksi dengan pendekatan bertahan.
“Di akhir permainan dia nampak lebih yakin, saya pula masih terus bergelut dengan pergerakan angin.”
#badminton #kualalumpur Angin menjadi punca pemain badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tersungkur di pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas kecundang kepada wakil Jepun, Kodai Naraoka, sebentar tadi.https://t.co/rqSDeRt5I3
— Harian Metro (@hmetromy) January 11, 2023
Rekod ini meneruskan lagi rekod kurang memuaskan Lee Zii Jia dalam Terbuka Malaysia.
Pada 2019, dia juga kandas pusingan pertama di tangan Suppanyu Avihingsanon. Diikuti kekalahan pada pusingan kedua pada dua tahun yang lalu.