Lee Zii Jia Tak Layan Kritikan Dan Pertahankan Tindakannya ‘Skip’ Sukan Komanwel Demi Kejohanan Dunia

Lee Zii Jia tekan bawa dia tidak akan melayan komen daripada beberapa pihak tentang keputusannya untuk tidak bertanding dalam Sukan Komanwel.

Ini kerana dia mahu fokus kepada Terbuka Malaysia buat masa ini. Terbuka Malaysia akan bermula pada Selasa.

“Jika kamu jangka saya akan melenting ke atas komen komen tentang perkara ini, maaflah,” kata Zii Jia.

Lee Zii Jia memberitahu sebelum ini bahawa dia menolak untuk beraksi di Sukan Komanwel kerana mahu mempersiapkan diri dengan rehat secukupnya sebelum Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Tokyo dari 22 hingga 28 Ogos nanti.

Zii Jia menegaskan dia mahu menjadi inspirasi kepada anak muda Malaysia dengan berusaha memenangi kejohanan seperti kejohanan dunia.

 

Lee Zii Jia menegaskan bahawa keputusan untuk tidak menyertai temasya 4 tahun sekali itu, dibuat dengan sangat sukar namun dia menganggap buat masa ini itulah pilihan terbaik dalam usaha mengejar kejohanan dunia

Namun tindakan Lee Zii Jia mendapat perhatian dan komen daripada pelbagai pihak termasuk Lee Chong Wei yang menyatakan bahawa, dia dulu akan mengutamakan 4 kejohanan utama lain berbanding kejohanan dunia iaitu Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel.

Ini kerana Lee Chong Wei mengutamakan panggilan daripada negara. Pada masa yang sama dia menghormati keputusan Lee Zii Jia sebagi seorang profesional dan tidak terikat dengan mana mana tugasan kebangsaan.

Bagi Chong Wei tiada isu dalam keputusan Zii Jia untuk tidak bertanding dalam Sukan Komanwel.

Dipetik daripada Berita Harian, Lee Zii Jia berkata fokusnya hanya kepada Terbuka Malaysia: “Saya rasa (ia) takkan mengganggu atau memberi kesan kepada saya dalam persiapan ini (Terbuka Malaysia). ”

“Sebab itulah saya di sini sebagai pemain profesional kerana saya nak jauhkan daripada perkara sebegini.”

“Saya tak akan membalas apa-apa komen mengenai perkara ini. Saya tak akan balas semula (kritikan) kerana saya mahu memberi fokus kepada badminton saja… hanya badminton!”

“Mengenai isu, saya tak nak masuk campur dan sebab itulah saya mahu menjadi pemain profesional,” kata Zii Jia.

Netizen memiliki pandangan berbeza tentang apa yang dilakukan Lee Zii Jia. Lagipun menurut mereka Lee Zii Jia tetap membawa nama Malaysia dalam kejohanan dunia itu nanti.

Ada juga yang menyatakan bahawa BAM seharusnya tidak panik kalau Zii Jia tidak terlibat. Kerana mereka seharusnya sudah memiliki pelapis untuk diketengahkan.

Mereka juga menyatakan bahawa BAM masih tak berubah, dan inilah sebabnya kenapa Lee Chong Wei tak menang Olimpik dan Kejohanan Dunia kerana dikerah dalam semua pertandingan.

Tetapi ada juga yang mempersoalkan tindakan Lee Zii Jia sebagai tak patriotik dan mementingkan diri sendiri.

Baca yang lain