Pemain perseorangan nombor 1 negara, Lee Zii Jia diaibkan di laman sendiri. Dia tewas pada pusingan kedua Terbuka Malaysia pemain Indonesian, Shesar Hiren Rhustavito denga skir 19-21, 21-19 dan 16-21.
Lee Zii Jia masih segar daripada prestasi cemerlang dalam Terbuka Indonesia sebelum ini. Di mana dia menjadi naib juara dengan menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Zii Jia yang berada di ranking kelima dunia mengakui bahawa dia tidak kesal dengan kekalahan ini kerana lawan ternyata bermain lebih baik.
Zii Jia sebelum ini memberikan sepenuhnya tumpuan kepada Terbuka Malaysia sebagai persiapan penting sebelum Kejohanan Dunia. Zii Jia tidak menyertai Sukan Komanwel selepas ini, kerana mahu berehat.
Dalam kenyataannya selepas tamat perlawanan, Lee Zii Jia berkata: “Setiap perlawanan ada memang ada kalah. Kali ini saya kalah dan saya kena terima. Tiada apa yang dikesalkan.
“Sebab lawan bermain lebih bagus. Sebelum ini saya lawan dengan dia memang sengit. Dia memang lawan yang sukar.”
“Sekarang ini saya tahu tahap saya di mana dan cuma saya saya kena cari bagaimana nak kekalkan tahap prestasi itu,” katanya – menurut laporan Harian Metro.
‘Setiap perlawanan ada memang ada kalah. Kali ini saya kalah dan saya kena terima. Tiada apa yang dikesalkan’.
‘Sebab lawan bermain lebih bagus. Sebelum ini saya lawan dengan dia memang sengit. Dia memang lawan yang sukar’. – Lee Zii Jia#MalaysiaOpen2022 pic.twitter.com/ltPJp214S1
— M (@PicsPics111) June 30, 2022
Sokongan padu peminat tuan rumah ternyata masih gagal membantu Lee Zii Jia pada hari ini. Dia terpaksa akur.
#kualalumpur Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia terpaksa akur dimalukan di halaman sendiri apabila tewas seawal pusingan kedua Terbuka Malaysia. https://t.co/hIlFzMjGu3
— Harian Metro (@hmetromy) June 30, 2022
Sementara itu Shesar benar benar berpuas hati dapat mengejutkan Lee Zii Jia pada hari ini.
Dia menyatakan bahawa, bukan mudah nak menewaskan Lee Zii Jia. Dia mengakui bahawa dia mengambil kesempatan di atas kesilapan kesilapan Lee Zii Jia pada hari ini.
Shesar akan bertemu dengan Kento Momota dalam aksi suku akhir esok