Lee Zii Jia: “Tiada Apa Dikesalkan, Saya Kalah Sebab Lawan Main Lebih Bagus”

Pemain perseorangan nombor 1 negara, Lee Zii Jia diaibkan di laman sendiri. Dia tewas pada pusingan kedua Terbuka Malaysia pemain Indonesian, Shesar Hiren Rhustavito denga skir 19-21, 21-19 dan 16-21.

Lee Zii Jia masih segar daripada prestasi cemerlang dalam Terbuka Indonesia sebelum ini. Di mana dia menjadi naib juara dengan menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Zii Jia yang berada di ranking kelima dunia mengakui bahawa dia tidak kesal dengan kekalahan ini kerana lawan ternyata bermain lebih baik.

Zii Jia sebelum ini memberikan sepenuhnya tumpuan kepada Terbuka Malaysia sebagai persiapan penting sebelum Kejohanan Dunia. Zii Jia tidak menyertai Sukan Komanwel selepas ini, kerana mahu berehat.

Dalam kenyataannya selepas tamat perlawanan, Lee Zii Jia berkata: “Setiap perlawanan ada memang ada kalah. Kali ini saya kalah dan saya kena terima. Tiada apa yang dikesalkan.

“Sebab lawan bermain lebih bagus. Sebelum ini saya lawan dengan dia memang sengit. Dia memang lawan yang sukar.”

“Sekarang ini saya tahu tahap saya di mana dan cuma saya saya kena cari bagaimana nak kekalkan tahap prestasi itu,” katanya – menurut laporan Harian Metro.

Sokongan padu peminat tuan rumah ternyata masih gagal membantu Lee Zii Jia pada hari ini. Dia terpaksa akur.

Sementara itu Shesar benar benar berpuas hati dapat mengejutkan Lee Zii Jia pada hari ini.

Dia menyatakan bahawa, bukan mudah nak menewaskan Lee Zii Jia. Dia mengakui bahawa dia mengambil kesempatan di atas kesilapan kesilapan Lee Zii Jia pada hari ini.

Shesar akan bertemu dengan Kento Momota dalam aksi suku akhir esok

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.