Leeds Dah Tunggu Di ‘Airport’ Namun ‘Di-scam’ Pemain Ini, Dia Kemudian Gagal Ujian Medikal Di Nice

Penyerang Marseille Bamba Dieng telah gagal dalam ujian medikal di OGC Nice pada jam jam terakhir pada tarikh akhir perpindahan.

Kisah Bemba Dieng pada deadline day antara yang paling gila.

Pada petang Khamis, dilaporkan bahawa kelab Liga Perdana Leeds telah bersetuju dengan perjanjian €10 juta untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Senegal yang dianggap berbakat besar iaitu Bamba Dieng.

Pemain berusia 22 tahun itu dijangka pergi ke UK dan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum menandatangani perjanjian empat tahun di Elland Road.

Malah, pemilik Leeds, Andrea Radrizzani menghantar tweet pada jam 1 tengah hari untuk mengesahkan hasrat kelab itu. “Mari kita sambut Bamba Dieng dan kami akan terus mengusahakan [Cody] Gapko,” tulisnya pada hari tersebut.

“Kini tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada padang dan menyokong projek baharu kami dan tugas hebat yang dilakukan Jesse dan kakitangan.”

Beberapa jam kemudian perjanjian itu terancam apabila pasukan Ligue 1 OGC Nice memutuskan untuk memaklumkan minat mereka dan mahu menyailang perjanjian dengan Bemba Dieng.

Selepas duduk di terminal lapangan terbang dengan pesawat persendirian bersiap sedia untuk sebahagian besar petang itu, Dieng memutuskan untuk menolak tawaran Leeds dan pergi ke Nice untuk pemeriksaan perubatan – keputusan yang menimbulkan kemarahan pihak Jesse Marsch.

Di mana staf mereka sudah menunggu pemain itu di lapangan terbang.

Kem Leeds kecewa kerana mereka tidak ada masa lagi untuk mencari pemain lain kerana percaya bahawa Bemba Dieng akan datang ke Leeds.

Fabrizio Romano malah menyatakan bahawa rundingan itu sudah dikira Here We Go antara Dieng dan Leeds, kata kata keramat untuk mengesahkan bahawa perpindahan itu berlaku. Dengan Dan James dilepaskan ke Fulham secara pinjaman.

Malangnya Dieng telah menipu Leeds dan pergi melakukan ujian medikal di Nice – yang keputusannya tidak ‘nice’.

Wartawan Nice-Matin William Humberset mengesahkan berita itu pada 10:05 malam, berkata: “Pemain berusia 22 tahun itu tidak memuaskan hati pengurusan Nice semasa pemeriksaan perubatan.”

Pakar perpindahan Fabrizio Romano akan melabelkannya sebagai “kisah paling luar biasa hari ini”.

Jesse Marsch – yang mahu mengukuhkan barisan hadapannya pada hari tarikh akhir dan nampaknya kelab yang berpangkalan di West Yorkshire itu, berjaya mendapatkan Willy Gnonto dari FC Zurich pada saat-saat akhir.

Dieng, yang menjaringkan 7 gol dalam Ligue 1 musim lalu untuk Marseille, menyatakan perasaannya mengenai perpindahan, manakala perjanjian untuk menandatangani penyerang yang dianggap bernilai tinggi dari PSV, Cody Gakpo juga gagal.

Dan James pula telah menyertai Fulham yang baru dinaikkan pangkat selepas dia menyelesaikan ujian perubatan pada Khamis.

Segalanya serba tak kena untuk Leeds.

Baca yang lain