Leeds Kecewa Deco Melambatkan Penjualan Raphinha, Masih Menunggu Barca

Leeds United dilaporkan sangat kecewa dengan ejen kepada Raphinha iaitu Deco, di mana dia telah melengahkan urusan penjualan pemain itu.

Leeds sebelum ini lebih tertarik menjual pemain itu ke Chelsea yang sudah menghantar bidaan EUR60 juta untuk pemain antarabangsa Brazil itu. Di mana Barca menawarkan harga lebih rendah.

Namun Raphinha meminta ejennya menanti tawaran Barca. Di mana Barca menyatakan bahawa mereka masih berminat dengan Raphinha yang sebelum ini dilaporkan sudah berjanji mahu menyertai Barcelona.

Semalam laporan dari UK menyebut, Raphinha semakin kecewa kerana impiannya ke Barca kian pudar. Ini selepas kelab itu dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Ousmane Dembele.

Jika Barca mendapatkan Dembele sekali lagi, bermakna mereka mungkin tidak akan membeli Raphinha.

Raphinha kemudian mengarahkan ejennya untuk kembali berunding dengan Chelsea. Deco malah kecewa dengan Barcelona yang masih gagal untuk memeterai perjanjian dengan Leeds. Sedangkan pemain tersebut benar benar sudah bersedia mahu ke Barcelona.

Mundo Deportivo turut melaporkan bahawa Raphinha dan Deco sebelum ini berada di Ibiza menunggu Barcelona menyelesaikan beberapa dokumen dan bidaan ke atas pemain tersebut.

Tetapi tidak lama selepas itu, Deco telah menangguhkan sekali lagi rundingan dengan Chelsea. Kerana dia yakin Barcelona akan membuat bidaan yang setara dengan tawaran Chelsea.

Keadaan ini benar benar membuatkan Leeds bengang. Kerana mereka mahu menggunakan wang segera untuk mencari pengganti pemain itu atau dilaburkan untuk memperkuatkan bahagian lain.

Dengan aksi pra musim menjelang tiba, Leeds masih tersekat dengan urusan penjualan Raphinha.

Ia akan memberikan impak yang sangat besar untuk pasukan seperti Leeds.

Beberapa minggu lalu, Raphinha hampir pasti ke Arsenal. Namun dia kemudian tertarik dengan tawaran Chelsea. Selepas itu, dia mendengar Barcelona masih berminat dengannya dan dia memilih Barcelona.

Tetapi Barca tidak dapat membuat tawaran terbaik kepada Leeds. Mereka malah menawarkan bayaran ansuran 3 kali bayaran. Berbanding Chelsea yang sedia membayar sekali bayaran ditambah dengan bayaran bonus.

Kini Raphinha benar benar terdesak mahu urusan perpindahan ini diselesaikan segera. Dengan dia masih berharap akan menyertai Barcelona berbanding mana mana pasukan lain.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan