Legasi Sir Alex Berikan Tekanan Besar Di United Kata Tuchel

Thomas Tuchel telah mengambil kesempatan untuk menghentam beberapa pindit dan legenda Man United yang menurutnya terlalu memberikan tekanan kepada pengurus kelab itu dengan seringkali membandingkan dengan era Sir Alex Ferguson.

Tuchel membimbing Bayern Munich untuk berdepan dengan Manchester United dalam aksi Liga Juara Juara Eropah awal pagi esok.

Tuchel menganggap legasi Alex Ferguson meninggalkan kesan negatif di United kerana ianya seringkali dijadikan perbandingan oleh pundit dan bekas pemain legenda kelab itu.

Man United kali terakhir memenangi UCL pada 2008. Beberapa tahun selepas itu Sir Alex Ferguson bersara sebagai pengurus pada 2013.

Sir Alex Ferguson mencatatkan rekod 869 kemenangan daripada 1443 perlawanan di United.

Musim lalu Manchester United berjaya menamatkan Liga di kedudukan empat teratas. Sekaligus berjaya kembali semula ke pentas Liga juara-juara Eropah.

United turut menamatkan kemarau trofi mereka pada musim lalu dengan menjuarai piala Liga Inggeris.

Tuchel sedar akan tekanan yang dihadapi Ten Hag pada masa ini. Dan dia menyindir bekas pemain Man United yang sebenarnya paling banyak mengkritik pengurus kelab itu.

Tuchel berkata: “Saya merasakan sentiasa ada banyak bunyi, banyak ‘khidmat nasihat’ datang daripada bekas pemain United sendiri. Legasi Sir Alex mencipta banyak tekanan dan harapan.”

“Bayern dan Man United adalah dua kelab yang mahu menikmati kejayaan seperti sebelum ini.”

“Benda kecil pun jadi perkara yang besar di dalam kelab kelab ini. Pengurus mahu menyemai mentaliti kemenangan dalam diri pemain.”

“United tidak menikmati beberapa keputusan yang baik sejak akhir akhir ini. Namun mereka adalah kelab yang ada pemikiran yang istimewa dan kami tak akan memandang rendah kemampuan mereka.”