Legenda Anuar Manan Kembali Ke LTdL

Tak perlu minat sukan berbasikal pun, untuk tahu nama Anuar Mana. Beliau pelumba veteran dan mencapai banyak kejayaan di peringkat lokal dan antarabangsa.

Terbaru, nama beliau diumumkan untuk mewakili skuad berbasikal kebangsaan Malaysia untuk beraksi dalam Le Tour de Langkawi, LTdL tahun ini.

Beliau akan menjadi pakar pecut pasukan selepas menyepi selama setahun daripada dunia perlumbaan basikal jelajah.

 

Khidmat beliau ditagih kerana jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia mahukan sekurang-kurangnya ada dua pakar pecut di dalam pasukan.

Anuar yang berusia 34 tahun dimumumkan sekali bersama tiga lagi rakan ya yang lain iaitu Ameer Ahmad Kamal, Daniel Haikal Edy Suhaidee dan Izzat Hilmi Abdul Halil.

4 nama tersebut telah melengkapkan senarai enam pelumba dalam pasukan kebangsaan Malaysia yang dibimbing oleh Yusof Abd Nasir.

Bercakap kepada Stadium Astro, Yusof berkata: “Anuar dipilih berdasarkan kepakarannya dalam memecut pada penghujung perlumbaan,” kata Yusof. Pasukan Malaysia memerlukan dua pakar pecut.”

“Sebelum ini, saya mengumumkan hanya seorang pakar pecut akan terpilih tetapi selepas melihat laluan perlumbaan, terdapat lima atau enam laluan yang memerlukan pakar pecut di penghujung perlumbaan.

“Anuar memiliki pengalaman yang amat luas dalam LTdL, jadi saya harap dia akan menggunakan pengalamannya untuk menduduki podium atau kelompok 10 terbaik,” katanya lagi.

https://twitter.com/ArenaHM/status/1224682911707742214

Ditanya tentang sasaran pasukan kebangsaan Malaysia, Yusof meletakkan sasaran untuk menyamaai pencapaian edisi lalu, iaitu mahu menjadi kedua terbaik di kalangan pasukan Asia.

Anuar Manan ternyata gembira untuk kembali berlumba di peringkat tertinggi dalam perlumbaan jelajah elit ini.

Pasukan yang beliau wakili tahun lalu, Forca Amskin Racing, tidak menyertai perlumbaan kali ini kerana isu dana.

Anuar berkata: “Saya mula berlumba dalam LTdL sejak 2007.”

“Saya hanya terlepas perlumbaan tahun lalu dan saya akan kembali menyertainya tahun ini.”

“Bagi saya, pasukan Malaysia memiliki kelebihan tersendiri tahun ini.”

“Saya akan mencuba untuk sekali lagi memenangi peringkat perlumbaan.”

“Saya memang pakar pecut, jadi saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan Malaysia,” jelas beliau.

 

Baca yang lain