Legenda Arsenal Anggap Coutinho Menyesal Tak Sudah Tinggalkan Liverpool

Beliau memiliki segalanya di atas padang ketika bersama Liverpool.

Ketika revolusi Jurgen Klopp di Anfield, Coutinho menjadi nama penting dalam pembentukan skuad Liverpool dalam pelan jangka panjang.

Namun akhirnya Coutinho memutuskan meninggalkan segalanya yang dia miliki di Liverpool demi mengejar impiannya ke Barcelona.

Boleh dikatakan dalam beberapa jendela perpindahan beliau terganggu dengan memikirkan mahu ke Barcelona.

Setelah berkelana ke Barcelona, keindahan yang beliau rasa hanyalah ketika hari pengenalan di mana beliau memberitahu dunia: “Saya baru sahaja menyertai pasukan impian saya sejak kecil.”

Ramai pemain Brazil berimpian ke Barcelona sejak kecil.

Namun sejak itu kariernya mengalami kemerosotan. Daripada pemain utama yang digeruni menjadi pemain yang sukar untuk bersaing kesebelasan utama.

Dan kini Coutinho mengakui beliau menyesal meninggalkan Liverpool. Beliau pernah menyatakan ianya adalah satu keputusan yang tak sepatutnya pernah untuk beliau fikirkan.

Coutinho memberitahu beberapa rakan yang rapat dengannya bahawa, detik di Anfield merupakan detik paling menggembirakannya di dalam karier.

Seterusnya, bekas pemain Arsenal, Emanuel Petit menyatakan, jika beliau di tempat Coutinho, beliau akan bangun setiap pagi ditemani penyesalan.

“Jika saya adalah Philippe Coutinho, setiap kali bangun pagi, saya akan bertanya dengan diri saya: ‘Kenapa, kenapa, saya sign untuk Barcelona?'”

“Saya yakin beliau akan berusaha untuk kembali semula ke England. Beliau sangat sesuai dengan Liga Perdana Inggeris.”

“Coutinho pemian yang ada visi, teknik, kepantasan dan boleh menjaringkan gol. Beliau juga ssangat kreatif.”

“Kita semua kenal dan tahu apa yang dia mampu jelmakan. Saya peminat tegar dia ketika dia di Liverpool. Saya akan sangat gembira jika Coutinho berjaya kembali semula ke EPL.”

Namun begitu, Petit tak rasa Liverpool akan mahukan Coutinho kembali. Dan Coutinho juga mungkin akan menolak juga, jika Liverpool mahukan beliau.

“Beliau tak akan kembali ke Liverpool. Ketika saya di Barcelona, Arsenal mahukan saya kembali.”

“Saya tertarik dengan tawaran itu dan hampir kembali semula ke Arsenal. Namun akhirnya saya berkata kepada diri sendiri: ‘Emanuel, kamu kena jujur dengan diri sendiri. Kamu meninggalkan mereka sebelum ini atas sebab tertentu.”

“Jika Coutinho jujur dengan dirinya, sejak dia tinggalkan Liverpool, mereka menang UCL dan kini sedang menjuarai Liga Perdana Inggeris.”

“Liverpool tak perlukan dia, dan kenapa Liverpool nak dia kembali?”

Coutinho bergelut dengan prestasi

Daripada seorang baller yang padu, kini beliau hanyalah tak ubah seperti bola yang ditendang ke sana sini.

Barcelona meminjamkannya ke Bayern Munich dengan harapan dapat menerima bayaran balik selepas tamat pinjaman.

Namun pada sekitar November lalu, Bayern Munich sudah memberitahu bahawa mereka tak sanggup mengambil risiko membayar beratus euro untuk Coutinho yang tak konsisten.

Penjualan Coutinho telah membantu Liverpool memperkasakan pasukan mereka dan berjaya menjuarai UCL musim lalu serta 25 mata di atas Man City pada hari ini.

Coutinho menyertai Barcelona pada Januari 2018, walaupun beberapa bulan sebelum itu beliau melanjutkan kontrak di Anfield.

Antara sebab Liverpool merombak semula kontraknya adalah mahu membuang klausa pelepasan dan mahu memastikannya terus kekal di Anfield – menjauhkan Barcelona daripada Coutinho.

Kariernya tidak sama seperti dahulu. Lebih ironi Coutinho melihat sepakan penjuru ikonik Trent Alexander Arnold menyingkirkan Barcelona dia Anfield dalam kebangkitan luar biasa The Reds.

Liverpool kemudian dihadiahkan UCL keenam. Sebaliknya Coutinho dikurniakan sepucuk surat yang menyatakan beliau akan dipinjamkan ke Bayern Munich.

Sebenarnya, Coutinho taklah teruk sangat di Bayern Munich. Cuma pasukan itu sendiri bergelut dengan pertukaran pengurus dan beliau masih dalam proses menyerasikan diri dengan sistem berbeza.

Namun tak siapa yang akan kisah dengan Coutinho seorang di Bayern Munich seperti mana Klopp di Liverpool mencari formula terbaik untuknya.

Bagi Bayern Munich, mereka mahukan Coutinho lebih sumbangan ke atas gol. Sebab sekarang ini merekan perlu membayar secara total £142 juta untuk Coutinho.

Kini Coutinho dilaporkan memikirkan untuk kembali semula ke England. Jika sebelum ini beliau tak mahu menerima tawaran daripada Man United, Arsenal dan Spurs kerana ianya seteru senegara dengan Liverpool.

Senario kini berbeza. Ejen beliau tidak menolak kemungkinan pemain itu akan kembali semula ke England.

Beberapa hari lalu, laporan di England menyatakan Chelsea antara pasukan yang mahukan beliau.

Jadi Petit merasakan ianya adalah pilihan terbaik buat Coutinho untuk kembali beraksi di liga yang beliau pernah kuasai dan sesuai dengannya sebelum ini.