Netizen mempersoalkan apa tindakan FIFA setelah salah seorang legenda bola sepak Palestin yang turut menjadi jurulatih skuad olimpik Palestin, Hani Al Masri maut dalam serangan di Gaza.
Laporan Quds News Network menyenbut bahasa, tentera Israel adalah pihak yang bertanggungjawab di atas perkara itu setelah serangan udara mereka mengorbankan orang awam termasuk Hani Al Masri.
Israel mengganas lagi dalam serangan terbaru mereka di Saraya, yang didiami ramai orang awam. 10 orang awam telah meninggal dunia termasuk Hani Al Masri. Dengan berpuluh puluh lagi cedera.
Di Deir el-Balah, di tengah tengah tengah semenanjung Gaza, ada 3 lagi mangsa serangan telah dipindahkan ke Hospital Shuhada Al-Aqsa.
Beberapa lagi serangan lain dilancarkan di tempat lain termasuk berdekatan dengan kem pelarian di Nuseirat dan pekan di Az-Zawayda. Kanak kanak terus menjadi antara mangsa kepada serangan tersebut.
Hani Al-Masri bukan nama kecil dalam sejarah bola sepak Palestin. Dia adalah legenda dan juga jurulatih skuad olimpik Palestin. Meninggal dunia ketika serangan di Gaza.
Israel turut mengebom rumah di Shujaiya yang bersebelahan dengan pusat bandar Gaza.
Sementara itu di Beit Lahia, utara Gaza, seorang kanak kanak perempuan maut dalam serangan Israel dan ramai lagi orang awam cedera.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan pada hari ini bahawa kematian di Gaza kini mencecah 22,000 sejak serangan dilancarkan Israel pada 7 Oktober. 70% daripada mangsa adalah kanak kanak dan wanita.
Pihak kerajaan Palestin mengakui jumlah mangsa mungkin lebih ramai kerana mustahil untuk mendapatkan data yang tepat pada masa ini. Terlalu banyak serangan dilancarkan.
Report on the killing of Captain Hani Al-Masri by Israeli forces in Gaza: A renowned star in Palestinian football history and the coach of the Palestinian Olympic football team. pic.twitter.com/E8NTTqzxJM
— Quds News Network (@QudsNen) January 6, 2024
Di media sosial peminat bola sepak mulai mempersoalkan apa tindakan FIFA kepada Israel.
Sebelum ini Rusia digantung serta merta oleh FIFA termasuk dihalang untuk beraksi dalam Piala Dunia 2022. Rusia ketika itu sudah mara ke play off untuk ke Piala Dunia.
Namun mereka terpaksa melupakan hasrat itu. Di peringkat kelab, UEFA telah menggantung dan menyingkirkan penyertaan kelab Rusia di pertandingan kelab Eropah.
Selain itu perpindahan pemain ke Rusia juga disekat. Dengan pemain yang bermain di Rusia dibenarkan menamatkan kontrak mereka.
Seterusnya Rusia turut dilarang beraksi di dalam aksi persahabatan antarabangsa dan kelayakan Piala Dunia serta Euro.
Rusia hanya beraksi menentang pasukan kebangsaan dari negara di luar UEFA kerana sekatan itu, setelah FIFA melonggarkan larangan ke atas mereka.
Semuanya hukuman itu dibuat kerana UEFA dan FIFA mendapati Rusia melanggar hak asasi manusia dengan menyerang Ukraine.
FA Rusia meminta FIFA dan UEFA menarik semula pengharaman tersebut, kerana mereka merasakan sukan tidak ada kaitan dengan politik. FIFA dan UEFA menegaskan tindakan mereka sebagai atas dasar menyokong hak asasi kemanusiaan.
Kini peminat mahu perkara yang sama dibuat ke atas Israel. Di mana FIFA dan UEFA masih membisu. Peminat meminta FIFA jangan pilih kasih.
@FIFAcom please react ! Don't bias if you are thr right position !
— syukrimortaza 🔻👆🏻 (@syukizah313) January 7, 2024