Legenda Liverpool Yakin Mo Salah Akan Tinggalkan Kelab Itu 100% Bersama Sama Klopp

Legenda Liverpool Mark Lawrenson yakin 100% Mohamed Salah akan meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini.

Faktor utama menurut Lawrenson adalah faktor pemergian Klopp. Pengurus itu membuat kejutan apabila dia mengumumkan akan meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini.

Lawrenson berkata: “100% Mo Salah akan meninggalkan Liverpool musim panas ini. Tidak kiralah apa saja yang berlaku akhir musim ini. Saya rasa dah ada rundingan pada musim panas lepas.

“Dia akan pergi di kelab Arab Saudi dan saya berharap Liverpool akan mendapatkan yuran perpindahan yang tinggi untuk mendapatkan beberapa pemain dengan wang itu. Salah akan menjadi raja di Saudi lepas ni.

“Salah memang nak pergi musim panas lalu. Dia nak je masuk pejabat Klopp dan berkata: ‘Saya nak blah,’ tapi dia tak buat begitu.”

Salah ketika itu dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi walaupun sudah melanjutkan kontrak jangka panjang di Liverpool.

“Pemain pemain yang baru tiba tahu mereka berjuang untuk merebut tempat. Dan itu bagus. Selalgi lagi mereka tidak cedera, segalanya ok.

“Lihatlah sendiri Diogo Jota, Darwin Nunez Dan Luis Diaz ketika mereka bermain bersama sama. Dan mereka semua berjaya menjaringkan gol ketika nenentang Burnley.

“Apabila Salah pergi kelak, di mana saya rasa dia akan pergi, maka ada beberapa pemain bersaing untuk merebut tempat.”

Jika Salah meninggalkan Liverpool bersama sama dengan Klopp akhir musim ini ia akan menjadi tamparan hebat untuk kelab itu.

Sebelum ini Virgil Van Dijk tidak memberikan jaminan bahawa dia akan terus kekal di Liverpool selepas Klopp pergi.