Cut copy paste memang benda yang paling popular di kalangan kita semua. Dan tahukah korang siapakah penciptanya?
Beliau adalah Larry Tessler. Menghasilkan konsep itu ketika bekerja di Xerox Palo Alto Research Center.
Ha, neat slide on the history of copy and paste — first implementation written by Larry Tessler @Xerox @PARCinc #MoNage pic.twitter.com/jARDYgr8lL
— Eric Andersen (@eric_andersen) March 23, 2017
Namun pada hari ini dunia sudah kehilangan seorang saintis komputer yang telah banyak berjasa kepada semua terutama sekali pelajar.
Larry Tesler dilaporkan sudah meninggal dunia pada usia 74 tahun pada hari Isnin lepas.
Nama beliau mungkin tak sepopular nama nama saintis komoutery yang lain seperti Bill Gates, Steve Jobs, atau Mark Zuckerberg.
Namun begitu, Larry Tesler telah menghasilkan salah satu karya agung dalam dunia komputer dan teknologi.
Sebelum menyertai Xerox Palo pada tahun 1973, Larry memulakan kerjayanya pada sebagai programmer dan penyelidik di Stanford Al pada tahun 60-an.
Ketika di Xerox, Tessler dan Tim Mott, telah mencipta satu arahan penting kepada komputer.
Ianya dipanggil cut-copy-paste yang menjadi sangat popular sehingga ke hari ini.
Beliau memudahkan korang untuk menyalin dan tampal sesuatu teks di tempat yang korang suka.
Banyak kegunaan benda tu dalam kehidupan seharian.
Tesler kemudian menyertai Apple pada tahun 1980. Beliau merupakan salah seorang tokoh pertama yang menyumbang kepada pembangunan Apple.
User interface pioneer Larry Tessler, who helped create the concept of Cut, Copy, and Paste on a computer, passed away on Monday. https://t.co/8PxGvvgUTQ
— Rajendra Akerkar (@raa8) February 19, 2020
Pada tahun 1986, beliau dilantik sebagai VP di Apple, dan dinaikkan pangkat menjadi VP dan Ketua Saintis pada tahun 1993.
Selepas meninggalkan Apple pada 1997, Larry dan rakannya mengasaskan Stagecast Software.
Beliau juga turut bekerja di beberapa lagi syarikat lain termasuk Amazon, Yahoo, dan lain lain, sebelum menjadi perunding bebas pada tahun 2009.
The computer scientist responsible for cut, copy, and paste, has passed away https://t.co/sUekR0Mpoc pic.twitter.com/4yKwoBaMdF
— Gizmodo (@Gizmodo) February 19, 2020
Ramai yang telah memberikan penghormatan kepada ayahanda kepada cut copy paste in.
Life of Ash berkata:
“Terima kasih Larry Tessler kerana membantu saya ketika membuat kerja rumah. R.I.P legenda!
Cut dari dunia, dan paste di syurga.”
Thank you Larry Tessler for helping with homework R.I.P Legend
Cut from earth. Paste in heaven https://t.co/XwwGhhyLqw— Ozymandias 🤫🇸🇱 (@2turn4) February 20, 2020
Rest easy legend, Artikel ini ditulis, turut ada menggunakan teknik yang kamu hasilkan.