Christophe Dugarry baru-baru ini membidas pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe kerana kenyataannya menentang mesej video kelab yang dikeluarkan baru-baru ini.
Legenda Perancis itu turut membidas Mbappe sebagai seorang yang mahu menguruskan dan menentukan segalanya di kelab yang dia bermain.
Menurut Duggary, Mbappe juga seolah olah seorang yang suka buat kecoh serta sensasi di media sosial.
Dia sebenarnya boleh menyelesaikan perkara itu secara dalaman dan bukannya mahu seluruh dunia tahu akan masalah antara dia dan kelab.
Dugarry tidak dapat membayangkan, jika pemain lain yang melakukan apa yang Mbappe lakukan, silap silap haribulan pemain tersebut akan dijual PSG akhir musim ini.
Dugarry mencabar PSG agar memberikan amaran kepada Mbappe di atas post pemain itu di media sosial yang telah mencalarkan reputasi kelab itu.
Dugarry berkata: “Saya sudah muak dengan semua orang yang mudah sangat kecoh di khalayak ini. Kita meletakkan dia sebagai pusat komunikasi, pemasaran.”
“Kelab itu sepatutnya memberi amaran kepadanya, ok, tetapi adakah anda fikir ia berbaloi mesej di rangkaian sosial untuk menunjukkan kesalahan kelab anda?”
“Jika kamu tak puas hati kerana digunakan oleh pegawai media kelab kamu, maka kamu boleh menghubungi pengurusan dan menyelesaikannya secara dalaman.”
“Pegawai yang membuat promosi ini, adakah dia bertanggungjawab atas kesalahan Paris Saint-Germain?”
“Adakah anda fikir kita akan menyalahkan masalah Paris Saint-Germain kepada seorang lelaki yang membuat iklan?”
Bercakap mengenai reaksi Mbappe, Dugarry berkata:
“Mesej Kylian pun saya tak faham. Dia harus hentikan perangai dia ini! Kelab harus pastikan mereka [pemain] semua hentikan ego mereka!”
“Mereka ni pun teruk [sebenarnya]! Mereka pun kalah perlawanan satu demi satu! [walaupun skuad sarat dengan bintang]”
“Pastikan mereka bermain di padang; dan pastikan mereka menunjukkan nilai mereka.”
🎙️ Christophe Dugarry on Kylian Mbappé:
“He wants to take care of everything! Marketing, communication, he chooses the sporting director, he chooses the players he wants to play with. Stop! Play football! Mbappé could have called his president instead of sending a message on… pic.twitter.com/GmveCVtMhD
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 6, 2023
“Mereka mempunyai gaji gila. Dia tidak perlu melakukan semua lakonan ini hanya kerana dia tidak menyokong iklan. Itu semua kita tidak peduli!”
“Dia [Mbappe] mahu menentukan segala-galanya! Pemasaran, komunikasi, dia memilih pengarah sukan; dia memilih pemain yang dia mahu bermain. Berhenti sahaja main bola!”
Artikel berkaitan: Mbappe Arah PSG Delete Video Melibatkannya: “Ini Bukan Kylian Saint Germain”
Kylian Mbappe dengan sensasinya telah mengutuk tindakan kelabnya sendiri, PSG, kerana video promosi untuk tiket bermusim.
Di mana Mbappe menyatakan dia kecewa kerana tidak diberitahu bahawa video temuramah dia dengan petugas media kelab adalah untuk promosi tersebut.
Kylian Mbappe berada dalam video tersebut, dan dia bercakap tentang kelab dan penyokong kelab itu. Pada video tersebut, ada pautan untuk pembelian tiket, di laman rasmi kelab.
Namun Mbappe kecewa kerana dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa video temuramah melibatkannya rupa rupanya digunakan untuk tujuan komersial kelab melibatkan promosi tiket bermusim kelab.
Sedangkan dia sebelum ini beranggap temuramah atau wawancara itu adalah untuk mempromosikan produk kelab seperti sebelum ini.
Namun malangnya video itu dilihat berpusat kepada Mbappe berbanding pemain lain. Hanya dia seorang sahaja di situ bersama dengan Nuno Mendes.
Kemudian tiada lagi pemain senior lain berada di dalam video tersebut terutama sekali Neymar, Marquinhos atau Messi.
Mbappe tidak sangka bahawa video temuramahnya sebelum ini digunakan untuk promosi tiket bermusim kelab dan hanya dia yang bercakap. Dia tidak selesa, seolah olah video itu adalah berkaitan dengan dirinya sahaja.
The video is completely centered on Mbappé, not Messi or Neymar.
Mbappé states that he was not informed they were going to use this video, which came in a basic interview, and that he doesn’t agree with it either.
— Zach Lowy (@ZachLowy) April 6, 2023
Mbappe menulis: “Saya baru sahaja terlibat dalam kempen promosi tiket bermusim bagi musim 2023/24.”
“Tidak sekalipun saya dimaklumkan tentang konten temuramah tersebut. Ianya seperti temuramah biasa pada hari promosi produk kelab.”
“Saya tidak setuju dengan video yang diterbitkan itu. Sebab itu saya berjuang untuk hak imej saya yang kelab telah gunakan.”
“PSG adalah kelab yang hebat dan keluarga yang hebat. Namun kelab ini sama sekali bukan Kylian Saint-Germain.”
Wakil perundangan Mbappe sudah berbincang dengan kelab dan sedia menyelesaikan isu ini secara dalaman.
PSG sudah memadamkan video tersebut daripada semua rangkaian rasmi kelab seperti mana diminta oleh Mbappe.
Tahun lalu, Mbappe sudah menyatakan bahawa dia memboikot untuk terlibat dalam kempen promosi penaja pasukan kebangsaan.
Ini kerana Mbappe tidak mahu digunakan dalama promosi jenama judi dan makanan segera yang tidak bagus untuk dikaitkan dengan seorang pemain bola sepak sepertinya.
Konflik hak imej Mbappe dengan FA Perancis telah menjadi panas. Di mana Mbappe menyatakan dia bertindak sebagai mewakili pemain pemain lain. Di mana pemain seringkali diminta melakukan promosi untuk pasukan kebangsaan walaupun bercanggah dengan prinsip sertau konflik lain.
Mbappe mahukan sesebuah pasukan itu agar lebih menghormati pemain sebelum sewenang wenang menggunakan hak imej mereka untuk kepentingan komersial.